fbpx
Now Reading
“Jangan Lawan Larangan Allah” – Muat Naik Video Tarian Ghairah Bersama Baby Shima, PU Syed Hentam Aliff Syukri [Video]
PU Syed kecam video aliff syukri dan baby shima

“Jangan Lawan Larangan Allah” – Muat Naik Video Tarian Ghairah Bersama Baby Shima, PU Syed Hentam Aliff Syukri [Video]

PU Syed dalam masa sama, turut meminta Aliff Syukri untuk berfikir dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara yang mungkar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perbualan hangat di media sosial selepas dia memuat naik satu rakaman di laman Instagram yang memaparkan aksi yang cukup mengghairahkan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan Aliff Syukri bersama penyanyi, Baby Shima menyanyikan lagu terbaru mereka yang berjudul Baby Sayang.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, video berkenaan yang sepatutnya mempromosikan lagu mereka turut diselit dengan tarian mengghairahkan dari Baby Shima yang disifatkan orang ramai agak keterlaluan.

PU Syed kecam video lagu dan tarian mengghairahkan Aliff Syukri dan Baby Shima

Tindakannya itu bukan hanya mengundang kemarahan malah turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Pencetus Ummah (PU)Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang mengecam aksi usahawan tersebut.

Dalam video yang dikongsikan di Instagram, PU Syed telah bertindak membuat teguran secara terbuka kepada Aliff Syukri berkenaan lagu dangdutnya.

Menurutnya, jika lagu yang dirakamkan itu berunsur ke arah keagamaan ia sudah pasti tidak menjadi masalah.

Sifatkan lagu dan tarian itu bukan satu yang sihat untuk masyarakat

Namun, apabila dia menjemput artis dan turut menunjukkan aksi tarian ‘goyang gerudi’ ia bukan sesuatu yang sihat dan tidak sepatutnya diterbitkan untuk tatapan umum.

“Bayangkan anak kamu wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang.

“Apa yang kamu dedahkan kepada masyarakat? Cukup kenyang ke dengan kecaman daripada orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi terpaksa orang lain memberi nasihat. Adakah kamu nak macam tu?,” kata PU Syed.

Jangan tambah kemungkaran yang ada

Jelasnya lagi, cukuplah kemungkaran yang berlaku di hadapan mata kita dan janganlah ia di tambahkan lagi.

Malah dia turut bertanya adakah usahawan berusia 35 tahun itu bangga dengan pangkat yang dimiliki? Kerana jika dia melakukan kemungkaran mereka (para agamawan) akan sentiasa mencengah kemungkaran tersebut dari terus berlaku.

Minta Aliff Syukri berfikir sebelum melakukan sesuatu

PU Syed dalam masa sama, turut meminta usahawan itu untuk berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang mukar adakah ia halal atau haram serta dosa dan mengingati saat kematian yang akan datang.

“Adakah kamu sudah bersedia untuk menanggung dosa orang yang melihat video itu? Adakah kamu sudah bersedia untuk menanggung dosa penonton yang menonton video klip yang mengarut kamu ini.

“Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri, Datuk Seri ke apa minta maaf saya tak sebut pangkat tersebut yang penting nama kamu Aliff Syukri maka hendaklah kamu takut kepada Allah SWT. Lebih takut dari kehilangan harta benda kamu sendiri,” jelasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.