fbpx
Penyanyi di Bangladesh ditahan

Lelaki Di Bangadesh Ditahan Polis Kerana Nyanyi Suara ‘Ke Laut’ Dan Rupa Tak Kacak [Video]

Pihak polis turut mendakwa bahawa mereka menerima banyak aduan berkenaan nyanyian Hero Alom.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara nyanyian yang sumbang dan tidak mempunyai wajah yang kacak, seorang lelaki di Bangladesh telah ditahan polis dan dipaksa untuk menandatangani permohonan maaf.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut didesak untuk menghentikan persembahan sumbangnya yang membawa lagu klasik.

Ditahan polis selama lapan jam, penyanyi itu disifatkan tidak menyanyi ikut nada

Memetik laporan New York Post yang memetik AFP, lelaki yang dikenali sebagai Hero Alom itu mendakwa telah ditahan di Ibu Pejabat Polis selama lapan jam pada 4 Ogos lalu, jam 6 pagi.

Malah, dia turut disifatkan sebagai penyanyi yang tidak menyanyi mengikut nada.

“Semua orang secara rawak telah mengajukan soalan kepada saya dan saya terpaksa untuk terus menjawab soalan itu.

“Kemudian secara tiba-tiba seseorang telah mencengkam rambut saya dan bertanya sama ada saya mempunyai wajah yang kelihatan seperti ‘hero’ (wira),” jelas Alom kepada India Today.

Pihak berkuasa didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan Alom yang menyanyikan lagu klasik terkenal ciptaan pemenang Anugerah Nobel, Rabindranath Tagore dan penyair Bangladesh iaitu Kazi Nazrul Islam.

Polis terima banyak aduan tentang nyanyi Alom

Polis turut memaklumkan kepada agensi berita bahawa mereka menerima banyak aduan berhubung nyanyian Alom dan dia kemudian memohon maaf atas lagu-lagu tersebut selain kesalahan memakai pakaian seragam polis di dalam videonya tanpa mendapatkan kebenaran.

“Dia benar-benar mengubah stail lagu itu, tetapi sudah memberi jaminan kepada kami untuk tidak lagi mengulangi perkara berkenaan,” jelas Harun ur Rashid, Detektif Dhaka.

Sementara itu, polis turut menafikan bahawa mereka mendesak penyanyi itu untuk menukar namanya, jelas agensi berita tersebut.

Ada hampir 2 juta pengikut di Facebook

Difahamkan, Alom yang mempunyai hampir 2 juta pengikut di Facebook telah menyiarkan satu video muzik baharu selepas insiden tersebut dan menunjukkan dia berada di sebalik tirai besi dan hampir dihukum bunuh.

“Ini adalah Bangladesh yang merdeka. Jika saya tidak boleh bercakap, menyanyi atau melakukan aktiviti riadah, maka saya rasa hak saya sudah diragut,” kata Alom kepada India Today.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.