fbpx
Now Reading
“Wanita Juga Ada Hak” – Dr Zulkifli Mahu Kerajaan Teliti Isu Kewarganegaraan Anak Dilahirkan Di Luar Malaysia

“Wanita Juga Ada Hak” – Dr Zulkifli Mahu Kerajaan Teliti Isu Kewarganegaraan Anak Dilahirkan Di Luar Malaysia

Menurut Dr. Zulkifli, Malaysia berpontensi kehilangan satu demi satu modal insan yang mampu menyumbang ke arah kemajuan negara jika isu ini berterusan berlaku tanpa kita sedari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (11 Ogos), Dewan Negara membahas usul berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu (5 Ogos).

Senator, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri menerusi hantarannya di laman Twitter berkata, hak seorang wanita terutamanya warganegara Malaysia unutk mendapatkan kewarganegaraan bagi anak-anaknya perlu diteliti dengan holistik oleh kerajaan.

Dalam Islam wanita boleh bersuara tuntut haknya

Menurutnya, di dalam Islam, wanita dibenarkan untuk bersuara demi menuntut hak pada perkara-perkara yang wajar bagi dirinya.

“Saya bawakan hadith Ummu Hani’ yang memberitahu Rasulullah SAW bahawa beliau memberi perlindungan kepada dua orang iparnya dari kalangan orang-orang kafir ketika pembukaan kota Mekah,” kata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu lagi.

Beliau berkata, Malaysia berpontensi kehilangan satu demi satu modal insan yang mampu menyumbang ke arah kemajuan negara jika isu ini berterusan berlaku tanpa kita sedari.

Tambahnya lagi, Malaysia merupakan salah satu daripada 28 negara di dunia yang masih mengekalkan hak bapa sahaja untuk menukarkan kewarganegaraan kepada anak-anak.

Dr. Zulkifli mahu isu yang terkait turut dibincangkan

Dr. Zulkifli pada masa yang sama mahukan isu-isu lain yang terkait dalam hal ini dibincangkan seperti berkenaan pendaftaran pernikahan dan kelahiran anak yang menjadi halangaan atas faktor perlembagaan.

“Kita tidak mahu menjadi seperti pepatah Melayu (yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran) Saya yakin ada penyelesaian yang harmoni dan adil dalam isu ini.”

Senator, Datuk Dr. Zulkifli

Keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapatkan kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Kamaluddin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Keputusan majoriti dipersetujui oleh Hakim Kamaluddin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi manakala Datuk S. Nantha Balan pula menentang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.