fbpx
Now Reading
Katak Bermain Tennis di Muzium

Katak Bermain Tennis di Muzium

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lawatan ke muzium boleh menjadi sesuatu yang membosankan, tetapi situasi mungkin berbeza jika anda melawat sebuah muzium katak di Croatia ini.

Dikenali sebagai Froggyland, muzium yang terletak di Split, sebuah bandar di pinggir pantai di Croatia ini, mempunyai lebih 500 bangkai katak.

Haiwan amfibia itu diawet melalui kaedah taksidermi dan kemudian digayakan dengan pelbagai senario yang biasanya dilakukan manusia seperti bermain tenis atau berjumpa doktor gigi.

Senario lain, termasuk sarkas katak, bilik darjah dipenuhi amfibia itu dan sudah tentu perkara paling disukai katak iaitu melepak di tepi kolam.

Haiwan berkenaan diawet oleh ahli taksidermi Hungary, Ferenc Mere yang sudah mengawet lebih seribu katak antara tahun 1910 dan 1920.

Mere ialah penggemar katak dan dia membuat satu teknik khas untuk memeliharanya seperti ketika ia hidup dan selepas kematiannya.

Pemilik Froggyland, Ivan Medvesek, 69, berkata: “Mere menghasilkan karya itu dengan cara mistik, yang sehingga kini masih tidak diketahui bagaimana dia menyumbat katak berkenaan melalui mulut tanpa merosakkan mana-mana bahagian badan haiwan itu”.

Mere dikatakan menghabiskan zaman kanak-kanaknya berhampiran sebuah kolam besar penuh dengan katak dan akan tertidur mendengar bunyi haiwan itu.

Taksidermi menjadi trend pada abad ke-19 dan amat popular di Britain.

Ahli sains terkenal, Charles Darwin dan pemerintah England, Ratu Victoria antara tokoh yang meminatinya.

Taksidermi amfibia dianggap amat sukar, malah sehingga hari ini, pengamal cenderung untuk tidak cuba berurusan dengan haiwan berlendir itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.