fbpx
Now Reading
Kanak-kanak Perempuan Digigit Anjing Baka Campuran

Kanak-kanak Perempuan Digigit Anjing Baka Campuran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak perempuan digigit seekor anjing peliharaan jirannya mengakibatkan cedera parah di muka dan beberapa bahagian badan. Kejadian itu telah berlaku di Taman Makmur, Endau dekat Mersing, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika kanak-kanak berumur 11 tahun itu sedang bermain di rumah jirannya.

“Kejadian dipercayai berlaku setelah tali rantai pengikat anjing itu tercabut. Anjing tersebut yang merupakan anjing baka campuran, bertindak menggigit bahagian muka dan beberapa bahagian badan mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Rompin, Pahang untuk rawatan awal, sebelum keluarganya kemudian menghantarnya ke hospital pakar untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati pemilik anjing berkenaan tidak mempunyai sebarang permit atau lesen untuk memiliki anjing itu dan kes tersebut disiasat lanjut mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan.

Pihak veterinar juga sedang menyiasat dan memantau sama ada anjing tersebut mempunyai sebarang penyakit berjangkit, katanya.

Sumber: Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.