Urusan Berkaitan Lesen, Tukar Hak Milik Yang Tidak Mengikut Prosedur Adalah Tidak Sah – JPJ Malaysia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataaannya semalam menggesa orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan iklan palsu yang sedang tular di laman media sosial dengan tanda pagar #viraljpj.
Iklan berkenaan bukan saha mendakwa mampu membantu mereka yang ingin menukar nama geran kenderaan tanpa pengetahuan/ kebenaran pemilik asal, malah meeka juga mampu mendapatkan lesen memandu tanpa ujian memandu.
Selain itu mereka juga mendakwa pihak mereka dapat menyelesaikan isu mereka yang ini memperbaharui cukai jalan yang sudah lama tamat tempoh tanpa perlu pemeriksaan Puspakom.
Menerusi Facebook, JPJ memaklumkan semua perkhidmatan yang dinyatakan itu adalah tidak benar sama sekali dan JPJ sangat mengambil berat mengenai isu itu supaya orang ramai tidak mudah tertipu.
“JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang urusan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) dan tukar hak milik kenderaan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan adalah tidak sah.
“JPJ juga sudah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras kegiatan tidak bermoral ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh JPJ dan turut disiarkan menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku malah boleh dikatakan sudah banyak kali muncul pihak seperti mereka ini yang kerap melakukan ‘kerja-kerja haram’ ini.
Yang peliknya masih ramai rakyat Malaysia yang mempercayainya dakwaan mereka secara membabi buta malah sanggup ‘bersekongkol’ dengan pihak tidak bertanggungjawab itu demi ‘memudahkan urusan’ tanpa perlu hadir ke cawangan JPJ.
Satu persoalan utama, apa yang membuatkan mereka terus berani ? dadakah hukuman yang dinyatakan hanya dipandang atau , tindakan daripada pihak berwajib tidak cukup ‘menggerunkan’ mereka?