Berita baik buat pemilik kereta Proton apabila pengeluar kereta nasional pertama itu turut melanjutkan tempoh waranti ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Menerusi kenyataan yang turut dimuat naik di media sosial mereka, Proton memaklumkan setiap model kereta mereka yang tamat waranti semasa tempoh ini akan dilanjutkan kepada 1,000 kilometer (km) atau 30 hari (yang mana lebih dahulu) usai pelaksanaan PKP
Tambah mereka, ini untuk memastikan waranti kekal aktif susulan dari penutupan semua pusat servis sepanjang pelaksanaan PKP.
Jadi buat pemilik kereta yang seharusnya melakukan servis pada tempoh ini , anda inasihatkan untuk menyelenggara kenderaan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh .
Terdahulu beberapa pengeluar kereta seperti Honda, dan Nissan telah mengambil langkah melanjutkan waranti kenderaan mereka susulan dari pelaksanaan PKP.