fbpx
Now Reading
Rasmi! Nissan GTR-R50 Dilancarkan Dengan Harga RM4.7 Juta

Rasmi! Nissan GTR-R50 Dilancarkan Dengan Harga RM4.7 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda masih ingat tahun lalu bersempena dengan ulangtahun ke-50 model Nissan GTR ,Nissan telah bekerjasama dengan firma Itali, Italdesign dengan menghasilkan satu model konsep yang diberi nama Nissan GTR-R50 .

Namun siapa menyangka dari konsep dan prototaip, Nissan akhirnya melancarkan secara rasmi GTR-R50 di pasaran.

Walaubagaimanapun model ini bukanlah Nissan GT-R generasi baharu yang masih dalam pembangunan sebaliknya dihasilkan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Nissan GT-R.

Agak berbeza dari model asal dimana R-50 telah disuntik dengan beberapa perubahan antaranya garis bumbung yang lebih rendah, rekaan lampu depan belakang yang berbeza , bumper yang ‘jantan’ habis, sayap belakang adjustable serta rim 21-inci yang sangat mengancam.

Dari segi kuasa, model Nissan GT-R yang sudah berusia 13 tahun ini masih mampu memberi saingan hebat dengan menawarkan enjin V6 dwi-turbo 3.8 liter yang mampu menghasilkan 710 kuasa kuda serta 780 Nm daya kilas; tambahan sebanyak 110 kuasa kuda dan 128 Nm berbanding Nissan GT-R Nismo.

Hanya 50 unit dihasilkan

Namun satu yang harus anda tahu, Nissan akan kekal dengan cadangan asal mereka iaitu menghasilkan tidak lebih dari 50 unit model ini. Semenjak tempahan dibuka pada penghujung 2018, masih ada ada beberapa lagi slot yang belum dipenuhi.

Mungkin dek kerana harganya yang begitu mahal untuk sebuah Nissan GT-R, iaitu €990,000 atau RM4.7 juta, iaitu lima kali lebih mahal dari versi Nissan GT-R Nismo yang dijual pada harga $212,435 (RM923,131).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.