fbpx
Now Reading
Honda Jepun Bakal Henti Penjualan Model City & Civic Di Sana

Honda Jepun Bakal Henti Penjualan Model City & Civic Di Sana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan sesetengah rakyat Malaysia meminati kereta buatan Jepun terutamanya Honda. Ini boleh diilihat menerusi lambakan kereta-kereta berjenama tersebut di jalanraya negara kita terutamanya Honda Civic dan City.

Namun keadaan ini berbeza di negara ‘asal’ nya Jepun, dimana syarikat Honda disana mengalami masalah untuk menjual beberapa model keluaran mereka yang begitu popular.

Susulan dari hasil penjualan yang rendah, Honda Jepun kini dilaporkan sudah mengenalpasti dan bersedia untuk menghentikan penjualan tiga model mereka iaitu Honda Civic Turbo sedan, Honda City (Grace) serta Honda Jade bermula Ogos ini.

Namun begitu , bagi model Civic Hatchback , Honda Jepun difahamkan masih meneruskan pengeluaran dan penjualannya buat masa ini.

Agak memeranjatkan bukan?

Difahamkan pilihan yang pelbagai menyebabkan sesetengah model ini kurang digemari. Sebagai contoh Honda Jade yang dikenali sebagai pengganti Honda Stream kurang mendapat sambutan memandangkan rakyat Jepun lebih menggemari satu lagi model 7-seater iaitu Honda Freed.

Honda Freed lebih diminati di sana.

Lebih malangnya Jade turut mempunyai satu lagi pesaing bagi pasaran di sana iaitu Honda Shuttle , Wagon yang berasaskan Honda Jazz.

Untuk penjualan di Malaysia?

Mungkin tiada masalah dan akan diteruskan memandangkan permintaan yang tinggi untuk Honda City dan Civic di negara kita. Untuk Honda Jade pula? Maaf mungkin tiada lagi kereta AP untuk Jade di Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.