fbpx
Now Reading
Honda City Jadikan Vios, Camry dan Bezza ‘Bahan’ Dalam Iklan Baru Mereka?

Honda City Jadikan Vios, Camry dan Bezza ‘Bahan’ Dalam Iklan Baru Mereka?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/hondamalaysia/photos/a.439455556080168/4801387539886926/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAR37bx_HOA9TDpbEmh112DBww5AKFkNVIOSPBIP4w9BFqnPqYDvmVm5SagO8Z9W5ELRRLdhcnuyzH1cmvDFqL5XJ8OFJVVQr_LNHjqnmtzASjnpbvLIjvI-IUjcLMrLcdF-v0gNQO7KvddU0d6nGaFQTq_yzc32vE4SzUTzJv3bcfP0-kq5VZUsqhQKBPTsq7woCCLxeiX3bmzxOKw4s2fyt6mWtcpEdHur62gkNKFlHntjgU6AZbBuZuj4Gju93dDAk5qBBsLDF_cCP09p0KhgS4OWm3h3SIb_lV4FWAFMOc6ojcTWrbps8ds3aXn81DVT3uw5cpU0d1cczxIVRoW5w&__tn__=-R

Baru-baru ini kami ada menulis mengenai Honda Malaysia yang dilihat membahan model pesaing mereka iaitu Toyota Vios sempena memperkenalkan model terbaru Honda City .

Nampaknya kini mereka semakin daring apabila menjadikan dua lagi model dari pesaing iaitu Toyota Camry dan juga Perodua Bezza sebagai mangsa bagi iklan terbaru mereka.

The All-New Honda City

Rewrite the rules. Now open for booking.#rewritetherules#allnewcity#openforbooking

Posted by Honda Malaysia on Thursday, 13 August 2020

Menerusi video tersebut jelas Honda Malaysia dilihat banyak memberi penekanan an pada tork Honda City 2020 ini.

Semua ini kerana varian RS yang teratas menawarkan 253 Nm tork, berdasarkan kekuatan hibrid i-MMD. 

Angka ini jelas lebih tinggi dari pesaing mereka dari segmen yang sama seperti Toyota Vios, Nissan Almera.

Bukan itu sahaja Tork mereka juga adalah lebih tinggi dari beberapa model kereta dari segmen yang lebih tinggi dari Honda City seperti Toyota Camry

Malah menerusi video tersebut Honda dilihat dengan ‘selamber’ memerli Perodua Bezza yang dilihat tidak memiliki kuasa yang cukup untuk mendaki bukit selain meletakkan Toyota Vios sebagai kereta yang paling lewat tiba di lokasi mereka.

Daring kan? Haha

Sebagai rekod Honda Malaysia baharu sahaja membuka tempahan untuk Honda City 2020 ini. Secara ringkasnya mereka menawarkan 2 enjin biasa 1.5 liter DOHC i-VTEC baru dan enjin 1.5 liter hibrid petrol-elektrik i-MMD yang menjadi taruhan utama Honda City RS. 

Mereka juga kini mengenengahkan beberapa ciri terbaru dan yang pertama bagi segmen mereka iaitu Honda LaneWatch dan brek parkir elektrik (EPB).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.