fbpx
Now Reading
“Bersedia Untuk Terpukau” – Proton Perkenalkan X50

“Bersedia Untuk Terpukau” – Proton Perkenalkan X50

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/posts/3650424091647716

Sekian lama menanti akhirnya Proton memperkenalkan secara rasmi Proton X50, kereta crossover SUV kepada peminatnya dan orang ramai.

Menerusi hantaran di laman Facebook Proton pada pagi sabtu, selain dari berkongsi teaser image X50 mereka juga secara ringkas menulis ” Bersedialah untuk terpukau dengan penampilannya yang menawan dan prestati yang tiada tandingan”

Laporan kami sebelum ini yang memetik BH, menjangkakan ianya akan diperkenalkan secara tertutup pada minggu hadapan namun sebaliknya Proton memilih memperkenalkannya lebih awal.

Reka bentuk dalaman dan ciri-cirinya menerusi foto tersebut jelak menarik perhatian ramai. Malah ianya kelihatan lengkap dengan aircond dan usb plug di bawah belakang selain kerusi yang akan menarik minat golongan muda .

Meskipun belum mengumkan spesifikasinya secara lanjut, Jika dilihat pada tanda harga yang tular tempoh hari X50 bakal hadir dengan  enjin 1.5 liter turbo.

Manakala harganya pula dijangkakan bermula dari RM75,800 .

Apa-apa pun kita tunggu pengesahan rasmi dari Proton berhubung harganya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.