fbpx
Now Reading
Proton X50 Boleh Ditempah Bermula 16 September Sempena Hari Malaysia

Proton X50 Boleh Ditempah Bermula 16 September Sempena Hari Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekian lama menanti Proton akhirnya memperkenalkan secara rasmi model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya, PROTON X50 pada satu majlis pratonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City.

Dengan majlis ini dan juga sempene Hari Malaysia, Proton akan mula membuka tempahan untuk Proton SUV kedua mereka itu bermula esok 16 September 2020 .

Hadir dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship, SUV Segmen-B ini akan turut hadir dengan enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Difahamkan bagi tiga varian pertama iaitu Standard, Executive dan Premium, model-model ini aka dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala satu lagi varian iaitu flagship pula akan dikuasakan dengan enjin 1.5 liter TGDI digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Model Flagship juga akan mempunyai Sunroof, dan Advanced Driver Assistance System berbanding model lainnya.

Namun buat mereka yang ingin berjimat model Standard X50 juga sudah cukup menarik dimana ianya hadir dengan 4 SRS Airbag, Lampu headlamp LED , Aircond di bahagian belakang , kamera undur dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik.

Jadi untuk anda yang berminat membuat tempahan bolehlah ke mana-mana cawangan pengedar PROTON di seluruh negara bermula esok dengan bayaran tempahan hanya RM500 .

Namun untuk melihatnya lebih dekat anda perlu menunggu sehingga Sabtu ini dimana ia akan mula dipamerkan di bilik pameran terpilih yang akan diumumkan Proton kelak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.