Hadir Dengan 3 Varian, Perodua D55L Kini Dibuka Untuk Tempahan
Harga Bermula dari RM62K gais!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya model kenderaan utiliti sukan (SUV) keluaran Perodua, D55L yang hangat diperkatakan sejak setahun yang lalu kini sudah boleh ditempah.
Meskipun belum mengumumkan nama rasmi bagi model SUV Kompak ini, sudah terdapat ura-ura yang yang Perodua akan menamakan model d55l ini sebagai Perodua Ativa.
Hadir dengan tiga varian iaitu varian X, H dan AV, model Perodua yang paling canggih ini ditawarkan dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia dengan waranti lima tahun/150,000 km.
Dari segi warna yang ditawarkan ialah :
Varian X : Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt
Varian H : Glittering Silver, Granite Grey, Cobalt Blue, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red
Varian AV: Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad, kenderaan ini merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.
Dari segi trenkuasa Perodua D55L yang merupakan kenderaan turbo pertama yang pernah dihasilkan akan dijana enjin 1.0 liter turbo dan padanan transmisi CVT.
Yang menariknya kesemua varian D55L turut dilengkapi sistem bantuan pemandu selamat (ASA) tahap 2. Ia difahamkan mampu beroperasi pada halaju lebih tinggi berbanding versi semasa, malah dapat mengesan kenderaan dua roda seperti basikal dan motosikal.
Selain itu Perodua turut mendedahkan beberapa ciri-ciri menarik D55l iaitu :
- Model pertama Perodua memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.
- Model pertama Perodua dengan enjin turbo.
- Model pertama Perodua dengan transmisi CVT.
- Menawarkan kadar penggunaan bahan api 18.9km per liter yang dikatakan terbaik dalam kelas (SUV segmen-A).
- Lampu depan LED untuk semua varian.
- Ciri ekstra untuk varian H dan AV ialah lampu suluh pandu adaptif (ADB), kluster instrumen TFT 7 inci dan unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan pengecaman suara.
- Varian X dan H ditawarkan dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue.
- Varian H ditawarkan dalam warna Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red serta tiga warna terakhir baharu diperkenalkan.
- Varian AV ditawarkan dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, dan Pearl Delima Red, serta ada dua warna terakhir baharu dengan bumbung hitam diperkenalkan.
- Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti lima tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).