fbpx
Now Reading
Jom Tengok Secara Dekat 7 Model Honda Edisi Khas ‘1 Million Edition’ Yang Boleh Korang Menangi [Video]

Jom Tengok Secara Dekat 7 Model Honda Edisi Khas ‘1 Million Edition’ Yang Boleh Korang Menangi [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Honda Malaysia beberapa hari lalu telah melancarkan ‘1 Million Dreams Campaign’ sebagai meraikan perjalanan mereka dalam mencapai jualan 1 juta unit kenderaan di Malaysia.

Selain itu, ia juga sebagai satu usaha untuk menghargai rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka terhadap syarikat itu sejak penubuhannya.

Yang menariknya sempena kempen tersebut, Honda turut menawarkan 7 model Edisi Khas Honda ‘1 Million Edition’ untuk dimenangi individu yang bertuah.

7 Model kereta yang dimaksudkan adalah Jazz, City serba baharu, BR-V, HR-V, Civic , CR-V Baharu dan Accord.

Terbaru hari ini, 3 Mac Honda ada memuat naik satu video berkongsikan rupa bentuk kesemua model edisi khas tersebut untuk dilihat secara lebih dekat oleh orang ramai.

Jelas penampilan kesemua kereta ini begitu menarik kerana tampil dengan warna luaran dua tona (two tone) antaranya di bahagian depan dengan perincian hitam merah, cermin sisi dengan garis merah sporty, dan rim aloi warna hitam dengan perincian merah.

Satu yang pasti model edisi terhad ini pastinya menarik minat ramai peserta.

Nak tengok lebih lanjut? Jom tonton video di bawah :

Sebagai rekod, peraduan ini akan berlangsung dari 25 Februari sehingga 24 Mac 2021 dan pemenang akan diumumkan pada Grand Finale yang dijangka berlangsung pada penghujung Mac 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.