fbpx
Now Reading
Gara-gara Pamer Skil Tunggang RX-Z Tapi Tak Pakai Helmet, Instafamous Berkebaya Merah Disaman JPJ

Gara-gara Pamer Skil Tunggang RX-Z Tapi Tak Pakai Helmet, Instafamous Berkebaya Merah Disaman JPJ

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tindakan seorang instafamous wanita berkongsi video dia sedang menunggang RX-Z tanpa menggunakan topi keledar di media sosial akhirnya memakan diri selepas dia disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi video berdurasi 15 saat yang tular itu, wanita berkenaan yang mengenakan baju kebaya merah dilihat mempamerkan kecekapannya menunggang RX-Z di fahamkan di sebuah kawasan di Dungun,Terenganu.

Namun video tersebut jelas membuktikan dia telah melakukan dua kesalahan iaitu tidak menggunakan helmet serta tiada no plat di bahagian hadapan.

Menggunakan video tersebut sebagai bukti, JPJ kemudian mengambil tindakan di atas kesalahan yang dilakukan wanita berkenaan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin yang menjelaskan, tindakan saman diambil kerana terdapat bukti individu terbabit melanggar undang-undang jalan raya.

“Dengan kepesatan teknologi maklumat sekarang kita lihat ramai yang gemar merakam video ketika menaiki kenderaan untuk dipamerkan sebagai ‘content’ (kandungan) di media sosial.

“Bagaimanapun, sekiranya ia jelas melanggar undang-undang jalan raya dan boleh dijadikan sebagai bukti, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, instafamous berkenaan telah dipanggil pihak berkuasa dan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun.

“Wanita terbabit telah dipanggil dan dia mengakui kesilapannya iaitu tidak memakai topi keledar dan gagal mempamerkan nombor pendaftaran hadapan motosikal.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM3,000,” katanya.

Tambah beliau, pihak JPJ sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya. Malah pihak mereka mempunyai kaedah tersendiri dalam memantau kesalahan pengguna jalan raya yang dipamerkan di media sosial.

“Kita akan siasat semua laporan yang diterima sama ada melalui rakaman gambar atau video termasuk yang disebarkan melalui medium media sosial berkaitan kesalahan jalan raya.

“Siasatan akan dijalankan dan tindakan akan diambil ke atas pemilik kenderaan,” katanya.



© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.