fbpx
Now Reading
Bengkel Kereta & Kedai Tayar Dibenar Beroperasi Sepanjang PKP Penuh Fasa 1

Bengkel Kereta & Kedai Tayar Dibenar Beroperasi Sepanjang PKP Penuh Fasa 1

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan bengkel membaiki kenderaan dan kedai tayar antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini.

Menurut MOT, meskipun sektor berkenaan bukan di bawah kawal selia kementerian mereka, namun ianya berkait dengan sektor pengangkutan dan logistik.

Foto : Paul Tan

Selain itu terdapat 30 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi secara optima ketika PKP penuh ini.

Menurut kenyataan sama, semua surat yang dikeluarkan di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah.

Justeru mereka akan mengeluarkan kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat berdaftar di bawah SMILE beroperasi pada Fasa Pertama PKP ini .

Secara ringkasnya bagi sektor yang dibenarkan beroperasi adalah :

1.Sektor udara : merangkumi perkhidmatan lapangan terbang, kargo udara, penerbangan berjadual dan tidak berjadual serta am.

2. Sektor darat : termasuk perkhidmatan perdagangan, bas, rel penumpang, teksi/e-hailing serta operasi penghantaran barangan ‘courier/p-hailing’ (rujuk senarai penuh di bawah)

3. Sektor air : membabitkan perkapalan, pelabuhan, feri penumpang dan pelabuhan.

MOT dalam masa sama turut menggariskan beberapa lagi SOP iaitu :

1.pengurangan kapasiti bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing kepada dua orang termasuk pemandu namun pengecualian tiga orang untuk tujuan kecemasan dan perubatan.

2.Kapasiti penumpang bagi pengangkutan awam yang kini dikurangkan separuh kepada 50% kecuali syarikat penerbangan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://application.mot.gov.my/

Untuk ketahui senarai penuh perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik mulai 1-14 Jun 2021 rujuk di bawah :

Foto header kredit : Mamapipie

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.