fbpx
Now Reading
Tempoh ‘Renew’ Lesen Memandu & Cukai Jalan Dilanjutkan Ke 31 Disember

Tempoh ‘Renew’ Lesen Memandu & Cukai Jalan Dilanjutkan Ke 31 Disember

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas lebih sebulan ‘panas’ mengenai isu kegagalan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan ekoran dari sistem tempahan temu janji baik di JPJ juga di Pejabat Pos, tempoh pembaharuannya kini dilanjutkan ke 31 Disember.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi satu sidang media hari ini.

Jeliau beliau dengan pelanjutan tempoh moratorium ini, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang sudah tamat tempoh tidak akan dikenalkan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh JPJ dan juga Polis Diraja Malaysia.

“Kementerian Pengangkutan amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi di bawahnya seperti JPJ, ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh pembaharuan LKM dan LMM hingga 31 Disember 2021” kata Dr Wee.

Namun pemilik LKM perlu mempunyai insurans sah

Beliau bagaimanapun mengingatkan pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah untuk memperbaharui insurans serta menunjukkan sijil perlindungan insurans (e-cover note) bagi tujuan pemeriksaan demi melindungi pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Foto : The Star


Kaunter JPJ & Puspakom dibuka bermula 6 September

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan MOT juga bersetuju untuk membuka semula kaunter JPJ dan Puspakom dengan kapasiti 100 peratus, iaitu secara ‘walk in’ (jumpa terus) bermula Isnin ini, 6 Sept bagi semua urusan berkaitan.

Dengan ini, mereka juga akan menghentikan sistem janji temu dalam talian yang sebelum ini diguna pakai untuk orang ramai untuk berurusan dengan JPJ bermula 6 September.

Namum perkhidmatan kaunter hanya diberikan untuk mereka yang telah mendapat vaksinasi lengkap selain status risiko rendah didalam aplikasi MySejahtera.

“Mulai 6 Sept juga, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian. Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter mesti telah mendapat vaksinasi lengkap dan menunjukkan status risiko rendah COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera,” katanya pada sidang media berkenaan perkara itu di Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini hari ini.

Foto : BH

Galakkan yang lain buat secara online

Orang ramai bagaimanapun digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ atau melalui khidmat Pos Malaysia, MyEG, Puspakom untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ 

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.