Umpama Siri TV Knight Rider, Syarikat Automotif Di Amerika Syarikat Ingin Bina Kereta Yang Mampu Bercakap & Beri Arahan
Menariknya, teknologi itu mampu memberi arahan mengenai cara dan langkah-langkah untuk menukar tayar yang pancit dan membuat temu janji dengan bengkel terdekat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Syarikat automotif yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) , General Motors (GM) sedang merancang untuk membangunkan teknologi kepintaran buatan (AI) pada kenderaan bagi membolehkan ia bercakap dengan pemandu.
GM akan bekerjasama dengan Microsoft untuk cipta taknologi chatbot pada kenderaannya
Menurut Kosmo yang memetik Daily Star, Naib Presiden GM Scott Miller berkata, syarikat berkenaan akan bekerjasama dengan Microsoft untuk mencipta teknologi chatbot bagi kenderaan keluarannya.
“ChatGPT akan berada di mana-mana sahaja,” katanya.
Jelasnya, teknologi tersebut akan digunakan bagi membantu pemandu untuk mengawal ciri-ciri kenderaan seperti aircond atau pemanas serta mengunci atau membuka kunci pintu garaj.
Mampu memberi arahan kepada pemandu
Lebih menarik, teknologi itu juga mampu melakukan tugasan seperti memberi arahan kepada pemandu mengenai cara dan langkah-langkah untuk menukar tayar yang pancit atau membuat temu janji dengan bengkel terdekat.
Chatbot yang diaktifkan oleh suara itu dijangka menggunakan perkhidmatan Azure Microsoft termasuk alat AI yang dikuasakan oleh ChatGPT.
“Peralihan ini bukan sekadar keupayaan tunggal seperti evolusi arahan berdasarkan suara. Namun sebaliknya, pelanggan boleh mengharapkan kenderaan masa hadapan lebih berkeupayaan dan canggih secara keseluruhan apabila berkaitan dengan teknologi baru muncul,” kata jurucakap GM.
ChatGPT mula dibangunkan oleh OpenAI pada November tahun lalu
Untuk info, ChatGPT merupakan ‘chatbot’ yang dibangunkan oleh syarikat OpenAI dan dilancarkan pada November 2022.
Sistem AI ini mula mendapat tempat di hati pengguna terumatanya golongan pelajar kerana mudah mendapatkan maklumat dan infomasi yang diinginkan.
Terkini, syarikat OpenAI melancarkan pula versi terbaharu ChatGPT yang dikenali sebagai GPT-4, teknologi AI itu dikatakan lebih pintar berbanding versi sebelumnya, lapor The Washington Post.
Sekiranya perancangan ini menjadi, kereta ini pasti menjadi penanda aras yang baharu untuk dunia automotif sekaligus merealisasikan drama Knight Rider yang popular dengan kereta yang boleh bercakap sekitar 80-an dahulu.