fbpx
Now Reading
Fizo Omar Letak Nama Anak “Wan Maryam”

Fizo Omar Letak Nama Anak “Wan Maryam”

Pasangan sama cantik sama padan, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim baru mendedahkan wajah anak mereka kepada umum dan turut memberitahu nama puteri sulung mereka melalui Instagram Mawar.

“Assalamualaikum auntie uncle semua, nama saya diberi oleh bapa n mama saya, Wan Maryam Binti Wan Hafizol,” tulis Mawar di ruangan caption gambar tersebut.

Maryam dilahirkan pada hari Jumaat 29 Disember jam 4.01 petang dan kini sudah berusia dua minggu.

Semoga Maryam menjadi anak yang bijak, mendengar kata, solehah dan membesar dengan baik.

See Also

Terdahulu, Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 lalu dan menunggu selama empat tahun sebelum dikurniakan seorang puteri yang sangat comel bernama Wan Maryam.

Sumber: Astro Gempak

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.