fbpx
Now Reading
RTM dapat tajaan RM15 juta untuk siar Piala Dunia 2018

RTM dapat tajaan RM15 juta untuk siar Piala Dunia 2018

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kerajaan telahpun mendapat tajaan sebanyak RM15 juta untuk siaran 41 perlawanan Piala Dunia Rusia 2018.

Keseluruhan pakej tersebut, termasuk 27 siaran secara langsung, melibatkan kos RM30 juta, katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, RTM kini memulakan persediaan untuk persiapan menyiarkan secara langsung perlawanan yang berlangsung empat tahun sekali itu.

“Ini adalah platform untuk RTM menyiar secara langsung untuk memastikan kita menjadi salah satu siaran televisyen yang boleh ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Senarai penaja perlawanan itu bagaimanapun hanya akan diumumkan kemudian.

Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan telah bersetuju untuk penyiaran berkenaan kerana ia diadakan empat tahun sekali dan telah diberikan kelonggaran.

“Sukan adalah wadah menyatukan rakyat Malaysia. Peruntukan untuk Piala Dunia diluluskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ia hanya empat tahun sekali,” katanya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.