fbpx
Now Reading
Kuasa Netizen, Rating FoodPanda Di Play Store Jatuh Merudum

Kuasa Netizen, Rating FoodPanda Di Play Store Jatuh Merudum

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata rakyat Malaysia tahu kemelut dalaman yang melanda diantara pengurusan syarikat penghantaran makanan, Food Panda dan rider mereka. Boikot yang dilakukan rider dari beberapa negeri di sekitar Malaysia menarik perhatian masyarakat malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Lebih mengeruhkan keadaan, kenyataan yang dikeluarkan oleh  pengarah urusan FoodPanda dalam satu sidang media baru-baru ini yang seakan-akan tidak mengambil kisah kebajikan pekerja mereka telah mencetuskan kemarahan bukan sahaja rider food panda malah kebanyakan netizen,

Ini menyebabkan netizen melancarkan kempen untuk memboikot Foodpanda sebagai tanda sokongan mereka kepada rider syarikat berkenaan .

Tidak berhenti setakat di situ sahaja, tidak sampai seminggu boikot tersebut berlangsung, rating aplikasi Fodpanda tyang sebelum ini dalam kondisi cemerland dengan rating 4.4 bintang telah jatuh menjunam ke 1.3 bintang.

Selain dari itu, Netizen turut bertindak meninggalkan bad review sebagai tanda tidak puas hati mereka kepada syarikat berkenaan.

Drop dari 4.4 ke 1.3 bintang dalam 1 minggu

Kan rakyat Malaysia dah marah

Walaubagaimanapun carian kami di Appstore mendapati rating FoodPanda masih lagi dalam kondisi memuaskan dengan rating kekal 3.8 bintang

Namun ada pihak yang mendakwa kenyataan pengarah urusan FoodPanda tersebut telah disalahertikan oleh media. Tidak kurang yang mengatakan bahawa perkara ini sengaja dibangkitkan bagi melaga-lagakan kedua-dua pihak.

Apa pun yang terjadi, hanya mereka yang berada di sana yang lebih mengetahui. Semoga kemelut yang melanda syarikat FoodPanda ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa merugikan mana-mana pihak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.