Now Reading
Gadis Cari Rezeki Jual Sandwic Di Persimpangan Lampu Isyarat
Gadis Jual Sandwic

Gadis Cari Rezeki Jual Sandwic Di Persimpangan Lampu Isyarat

Kalau di negara jiran, ada yang membawa bunga, surat khabar, tisu atau kertas loteri mendekati kenderaan yang berhenti di lampu isyarat atau terperangkap dalam kesesakan dan tak kurang juga yang datang di tingkap kereta untuk meminta sedekah.

Namun berbeza dengan gadis ini yang sopan berhijab, lengkap memakai apron yang membawa sandwic di atas dulang berhias yang diperbuat daripada buluh.

Kehadirannya di persimpangan lampu isyarat di Ukay Perdana dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) menarik perhatian pengguna jalan raya.

 “Hendak beribu daya. Belajar melalui Youtube juga boleh menjadikan anda kaya. Bagaimanapun, gadis ini memilih untuk berniaga yang kita biasa lihat dipelopori lelaki.

“Ketika kenderaan berhenti di persimpangan ini, dia akan berjalan di tepi kenderaan untuk menjual sandwicnya,” kata seorang pengguna Facebook, Shamsul Abas yang memuat naik beberapa gambar gadis berkenaan, di laman sosial pada Rabu.

Gadis Jual Sandwic

Selain dikongsi di laman sosial sehingga menjadi tular, ‘posting’ tersebut turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji kesungguhan gadis itu mencari rezeki.

“Terbaik… moga dipermudahkan segala urusanmu mencari rezeki,” kata seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai gadis berkenaan yang terdedah kepada risiko dan bahaya di jalan raya.

“Usaha baik, tapi hati-hati ya. Jalan raya laluan kenderaan macam-macam ragam. Bahaya,” kata seorang netizen.

Gadis Sandwic FB Komen
Komen Facebook

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.