Tak Tahan ‘Lockdown’ Di Rumah, Lelaki Dikehendaki Serah Diri Pada Polis & Mahu Dipenjarakan

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Pelik namun itulah yang terjadi! Seorang lelaki yang dikehendaki pihak berkuasa di England secara tiba-tiba tampil dan menyerah diri kepada pihak polis selepas difahamkan tidak sanggup menjalani perintah berkurung di rumah.
Lelaki berkenaan yang tidak dinamakan, di fahamkan secara sukarela telah menyerah diri di Balai Polis Burgess Hill, Sussex pada rabu lalu dengan alasan mahu mendapatkan ketenangan dan suasana aman.
Kejadian berkenaan yang dikongsikan seorang pegawai polis dari Sussex, England di Twitter itu kemudiannya mula tular dan mendapat perhatian portal-portal tempatan.
Peace and quiet! Wanted male handed himself in to the team yesterday afternoon after informing us he would rather go back to prison then have to spend more time with the people he was living with! One in custody and heading back to prison to serve some further time on his own pic.twitter.com/zCwLo0fgDQ
— Inspector Darren Taylor (@InspectorDarren) February 18, 2021
Lebih sanggup duduk di penjara

Menerusi laporan SKY, anggota polis tersebut, Inspektor Darren Taylor memaklumkan lelaki berkenaan memang menjadi buruan polis, namun dia sama sekali tidak menyangka lelaki berkenaan sanggup menyerah diri hanya dengan alasan sedemikian.
Malah menurutnya lelaki tersebut turut memaklumkan yang dia lebih sanggup kembali ke penjara dari menghabiskan masa bersama mereka yang duduk di rumahnya.