fbpx
Now Reading
Yang Dilamar Emak, Tapi Yang Dapat Anak

Yang Dilamar Emak, Tapi Yang Dapat Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mampu dijangka. Kalau sudah jodoh, semuanya boleh berubah dengan sekelip mata. Tular baru-baru ini pernikahan sepasang suami isteri dengan jarak umur yang cukup berbeza.

Foto: Kompas

Peristiwa yang berlaku di Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan ini bermula dengan niat seorang gadis, Ira Fazillah, 19 untuk menjaga seorang lelaki berusia 58 tahun bernama Bora sehingga ke akhir hayat yang kemudiannya berakhir dengan pernikahan.

Perkahwinan melibatkan pasangan dengan jarak usia yang cukup berbeza ini dilangsungkan pada 7 April lalu di Dusun Cippaga, Desa Bana, Daerah Bontocani.

Foto: Kompas

Pada awalnya melamar ibu, tapi telah ditolak

Ujar Ishak yang merupakan ketua kampung Bana, Ira mengaku telah menerima lamaran kerana Bora semakin tua dan tinggal bersendirian di rumahnya. 

Foto: Kompas

Tambahnya, pada awalnya Bora telah melamar ibu kepada Ira namun lamaran tersebut ditolak. Walaubagaimanapun, ibunya kemudian menawarkan anak gadisnya itu untuk dinikahi.

Ira turut dikatakan memang telah bersedia untuk berkahwin dengan lelaki tersebut dan segalanya berjalan atas kemahuannya sendiri.

Foto: Detik News

Pada majlis perkahwinan itersebut, dia telah menerima mas kahwin sebanyak 10 juta Rupiah (RM2,841) beserta tanah berkeluasan satu hektar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.