fbpx
Now Reading
Rezeki Terpijak! Pelanggan Ini Pesan Buah Epal Tapi Yang Sampai Sebuah iPhone

Rezeki Terpijak! Pelanggan Ini Pesan Buah Epal Tapi Yang Sampai Sebuah iPhone

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bagai bulan jatuh ke riba adalah ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada lelaki ini. Tanpa disangka pesanan buah epal yang dibuatnya didatangkan sekali dengan sebuah telefon pintar keluaran syarikat Apple Inc.

Produk yang dimaksudkan adalah sebuah iPhone SE.

Menurut laporan Mirror, sewaktu kejadian berlaku, Nick James datang untuk mengambil barangan pembeliannya dari pasaraya Tesco di Twickenham, England. Dia kemudian diberitahu terdapat sebuah kejutan buatnya di dalam bungkusan barangan itu.

“Seorang pembeli barangan Tesco terpana ketika dihadiahkan sebuah iPhone oleh pihak pasaraya itu hanya dengan membeli satu beg buah epal.

“Nick James, 50 datang untuk mengambil barangan pembeliannya dari pasaraya Tesco Extra di Twickenham apabila seorang staf memberitahu terdapat sebuah ‘kejutan’ di dalam beg bungkusan miliknya.

“Encik James terkejut saat menerima sebuah iPhone SE secara percuma melalui pembelian yang dilakukan atas talian.”

Foto: Twitter Nick James

James pada awalnya menganggap dia bakal menerima sebiji ‘Easter Egg’ atau yang lain setelah diberitahu tentang ‘kejutan’ itu, jadi perkara itu amat tidak disangka.

Berikutan dengan hadiah yang diterima, ia merupakan sebahagian daripada promosi ‘Super Substitution’ oleh Tesco yang kini dijalankan di sebilangan besar kedai di UK sehingga 18 April.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.