Bawa Idea Kesedaran Krisis Iklim, Hasil Seni Artis Tempatan Ini Muncul Di Majalah TIME

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Majalah TIME terkenal dengan banyak perkara, dari liputan terkini dan mendalam mengenai peristiwa terbaru, gambarnya yang artistik dan gaya penulisan yang mudah difahami. Walaubagaimanapun, identiti TIME adalah terutamanya terletak pada muka hadapan majalahnya.

Majalah TIME merupakan sangat sinonim dengan muka hadapannya yang mengetengahkan peristiwa dan individu yang paling penting buat masa ini.

Foto: Colorlines

Sama ada Albert Einstein sebagai ‘Person of the Century’ atau pemusnahan Tembok Berlin sebagai muka hadapan majalah, masing-masing didatangkan sebagai lambang topik yang sangat ikonik dan relevan. Malahan kebanyakannya telah menarik perhatian ramai pembaca.

Untuk edisi 26 April 2021 yang akan datang, TIME memilih untuk mengetengahkan cerita tentang ancaman perubahan iklim yang semakin nyata dan kian terasa. Untuk muka hadapan, majalah terbitan Amerika Syarikat telah meletakkan kepercayaan kepada artis Malaysia yang berbakat, Red Hong Yi dengan harapan dia mampu menyampaikan sesuatu yang boleh memberi berkesan kepada setiap individu.

Foto: TIME Magazine

Di mana pada akhirnya, dia berjaya merealisasikan harapan itu.

Terkenal dengan membuat persembahan melalui karya seni yang terus terpahat di fikiran setelah dilihat, Red Hong Yi atau lebih dikenali sebagai Red, berusaha mencapai kesan yang sama untuk muka hadapan TIME dengan menggambarkan cara-cara krisis iklim global yang kini giat berlaku dimana memberi kesan bukan hanya kepada individu tertentu, tetapi turut kepada populasi global secara keseluruhan.

Foto: IG Red

Ujarnya menerusi artikel di sebalik tabir majalah TIME, motivasi yang datang disebalik idea itu merupakan masalah perubahan iklim yang mendesaknya untuk mengajak orang ramai bersama-sama menangani krisis ini.

“Ideanya adalah untuk memberi fokus kepada sebuah peta dunia, di mana semua orang terlibat, dan jika satu tempat mendapat kesan, maka seluruh tempat yang lain turut akan mendapat kesan yang sama.”

Selama dua minggu, Red dan pasukannya bertungkus lumus mencipta sebuah ‘ilustrasi’ dunia menggunakan batang mancis hijau dan satu papan kosong. Setelah memotong papan ke ukuran tepat 7.5×10 kaki, dia kemudian menggunakan komputer untuk mengukur secara digital dan menetapkan posisi untuk 50,000 batang mancis.

Seterusnya, dia melakukan pemotongan laser untuk setiap lubang ke dalam papan dan memasukkan batang mancis hijau satu persatu dengan ketinggian yang berbeza-beza untuk memunculkan penampilan topografi yang bervariasi, hingga terhasilnya visual sebuah peta dunia.

Foto: TIME Magazine

Dia dan pasukannya kemudian menyemburkan lapisan tahan api di kedua-dua sisi papan sebelum ia dibakar.

Foto: TIME Magazine

“Bagi saya ia hanya merupakan sebuah perlumbaan dengan masa dan juga menyeronokkan untuk menghasilkannya bersama. Tetapi semestinya kami tahu segalanya tetap akan dibakar pada akhirnya.

“Ideanya secara keseluruhan adalah ia mengambil masa yang cukup lama untuk menyiapkan sesuatu benda, tetapi juga boleh dihancurkan dalam sekelip mata.”

Hasilnya adalah sangat mengagumkan, dan paling tidak pun ianya sebenarnya menakutkan apabila anda memikirkan tentang kepentingan dan kaitannya dengan apa yang sedang berlaku di dunia pada masa ini.

Sudah tentu hasilnya boleh memperbesarkan kemungkinan yang bakal berlaku di masa hadapan, namun begitu, hasil seni Red juga telah memberi sesuatu yang boleh dijadikan renungan kepada pembaca majalah TIME.

Recent Posts

  • Trending

“Disiplin Tinggi” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Jepun Beratur Jalan Kaki Pergi Ke Sekolah [Video]

Jelas Shaqila lagi, murid darjah satu di negara itu juga telah pandai berdikari dan pergi…

11 mins ago
  • Trending

“Allah Sembuhkan” – Ayat Kanak-kanak Perempuan Ketika Bermain Dengan Bapa Buat Ramai Kagum [Video]

Menerus video tersebut, si kecil yang sedang bermain menjadi doktor itu turut dilihat membuat pemeriksaan…

56 mins ago
  • Trending

“Mahu Alasan Apa Lagi?” – Tular Lelaki OKU Serba Kekurangan Tunai Solat Buat Ramai Sebak [Video]

Insan itu dilihat menunaikan ibadah sama seperti yang dilakukan oleh orang-orang biasa iaitu sujud, duduk…

1 hour ago
  • Trending

“Tenang Betul!” – Reaksi Wanita Dapat Kejutan Motosikal Daripada Suami Buat Ramai Terhibur [Video]

Difahamkan, motosikal yang dipercayai jenis Benelli Panarea 125 dihadiahkan oleh suaminya sempena ulang tahun kelahiran…

2 hours ago
  • Trending

Gelagat Lelaki Ajar Warga Asing Naik Basikal Buat Ramai Berdekah [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan suami Aisyah bersungguh-sungguh mengajar warga asing berkenaan cara membawa basikal.

2 hours ago
  • Trending

“Prank B*doh” – Influencer Buat Konten Kacau & Sentuh Orang Dikecam Hebat [Video]

Pempengaruh terbabit membuat konten mengacau orang awam yang berada di sekitar Bukit Bintang dengan menyentuh…

3 hours ago