fbpx
Now Reading
Malaysia Antara Yang Pertama, McDonalds Bakal Lancar ‘BTS Meal’ Pada 26 Mei Ini

Malaysia Antara Yang Pertama, McDonalds Bakal Lancar ‘BTS Meal’ Pada 26 Mei Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Adakah anda kenal dengan kumpulan fenomena Kpop, BTS? Sudah semestinyalah kan? Mereka adalah pemecah rekod, carta teratas dan calon untuk Grammy Awards disebalik lagu-lagu hits mereka seperti ‘Dynamite’, ‘Boy With Luv’, ‘IDOL’, ‘Life Goes On’, senarai ini memang tidak ada kesudahannya.

Dan anda juga pasti cukup kenal dengan restoran makanan segera McDonalds. Berita baik untuk penggemar kedua-dua ‘produk’ hebat ini, gergasi makanan segera itu telah mengumumkan melalui sebuah ciapan, semalam bahawa ia akan melakukan kolaborasi makanan bersama BTS pada bulan depan.

Ia merupakan susulan cara promosi yang sama digandingkan dengan Travis Scott dan J. Balvin sebelumnya yang telah mendapat respon hebat daripada peminat kedua-dua penyanyi terkenal ini.

‘BTS Meal’ bakal tersedia di hampir 50 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Hong Kong, Australia dan banyak lagi.

Foto: Twitter BTS Japan Official

Menurut sebuah siaran akhbar, ‘BTS Meal’ direka khas mengikut pilihan ahli BTS sendiri. Menunya termasuklah 10 keping Chicken McNuggets, kentang goreng saiz sederhana, minuman saiz sederhana, kemudiannya turut dilengkapi bersama sos cili manis dan cajun yang sebelum ini hanya boleh didapati di McDonald’s Korea. 

Kerjasama ini adalah sebahagian daripada program menu ‘signature’ selebriti McDonald’s.

BTS Meal akan dilancarkan pada tarikh yang berlainan bagi setiap negara, bermula dengan Malaysia pada 26 Mei dan diikuti dengan negara-negara lain mengikut tarikh yang telah dikeluarkan.

Foto: Twitter McDonalds

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.