fbpx
Now Reading
Padah Bawa 193km/j, Lesen P Pemuda Ini Digantung 1 Jam Selepas Lulus Ujian Memandu

Padah Bawa 193km/j, Lesen P Pemuda Ini Digantung 1 Jam Selepas Lulus Ujian Memandu

Dia melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had yang dibenarkan dan didapati gagal mempamerkan pelekat P di kenderaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, proses mendapatkan lesen memandu sebenarnya agak sukar dan memakan masa.

Bukan sahaja perlu menghadiri pelbagai kelas dan ujian sebelum menerima lesen, anda juga perlu melepasi beberapa syarat wajib khususnya membabitkan kesihatan mata.

Justeru ramai dari kalangan pengguna jalan raya sehabis boleh akan mengelak dari melakukan kesalahan lalulintas kerana dikhuatiri akan tertangkap sekaligus berisiko untuk disaman atau lebih teruk lagi – digantung atau ditarik semula lesen mereka.

Namun keadaan sedikit berbeza buat seorang pemuda di Australia apabila dia ditahan oleh polis peronda selepas dikesan memandu pada kelajuan 193km/jam di sebuah jalan di Moombooldol, New South Wales.

‘Terkantoi’ tak sampai beberapa jam dapat lesen

Apa yang lebih mengejutkan ialah kesalahan tersebut dilakukannya tidak sampai sejam selepas dia lulus ujian memandu – atau dalam bahasa mudahnya baru sahaja memiliki lesen P secara sah.

Menurut satu perkongsian di laman Facebook Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force, pemuda ini didapati melakukan kesalahan itu semasa memandu sebuah Toyota Hilux putih pada Khamis, 7 April sekitar jam 3 petang.

Difahamkan dia telah didenda di atas dua kesalahan iaitu memandu melebihi 45km/jam dari had yang dibenarkan dan didapati gagal mempamerkan pelekat P di kenderaannya.

Digantung lesen minimum 6 bulan serta merta


Disebabkan dua kesalahan itu, lesen pemuda ini akhirnya terpaksa digantung sekurang-kurangnya selama 6 bulan secara serta-merta di tempat kejadian.

Malah polis New South Wales menjangkakan tempoh penggantungan mungkin akan bertambah memandangkan dia telah kehilangan banyak mata demerit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.