fbpx
Now Reading
Gagal Halang Pembunuhan Shinzo Abe, Ketua Polis Jepun Letak Jawatan

Gagal Halang Pembunuhan Shinzo Abe, Ketua Polis Jepun Letak Jawatan

Penilaian semula langkah-langkah keselamatan oleh agensi polis selepas serangan itu mendapati terdapat kelemahan dalam rancangan keselamatan dan bukti arahan yang tidak mencukupi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (25 Ogos), Ketua Agensi Polis Jepun, Nakamaru Itaru mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan susulan penerbitan semakan salah urus keselamatan yang membawa kepada pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Julai lalu.

“Agensi Polis Negara percaya pelaksanaan langkah-langkah secara berterusan perlu dilaksanakan berdasarkan keperluan keselamatan baharu di bawah sistem baharu, untuk mengelak kejadian seperti itu berulang lagi.

“Hari ini, saya menyampaikan kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan hasrat saya untuk meletakkan jawatan, dalam usaha untuk merombak hal ehwal kakitangan,” kata Nakamura semasa sidang media yang disiarkan oleh media Jepun.

Hasrat peletakan jawatan oleh Ketua Agensi Polis Jepun itu dijangka akan diluluskan pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Ketua Polis Wilayah Nara juga berhasrat meletak jawatan

Sementara itu, menurut laporan Awani yang memetik NHK, Ketua Polis Wilayah Nara Onizuka Tomoaki di mana tempat pembunuhan itu berlaku turut berhasrat untuk meletakkan jawatan, semalam.

Hal ini berikutan penilaian semula langkah-langkah keselamatan oleh agensi polis selepas serangan itu mendapati terdapat kelemahan dalam rancangan keselamatan dan bukti arahan yang tidak mencukupi.

kelemahan perkongsian maklumat punca polis gagal kesan pergerakan suspek

Selain itu, kelemahan perkongsian maklumat juga menyebabkan pihak polis gagal dalam mengesan pergerakan suspek yang menghampiri Abe pada waktu kejadian.

Baca artikel berkaitan: Bekas PM Jepun Shinzo Abe Ditembak Dari Belakang Ketika Berucap, Suspek Sudah Ditahan

Susulan itu, kerajaan Jepun akan mengkaji semula langkah-langkah keselamatan untuk pegawai tinggi dan tokoh terkemuka serta mengukuhkan kerjasama dengan pasukan polis wilayah yang akan menjadi langkah pertama dalam menambah baik protokol keselamatan Jepun dalam tempoh 30 tahun.

Disahkan meninggal dunia selepas ditembak

Terdahulu, media melaporkan bekas Perdana Menteri Jepun itu disahkan telah meningal dunia selepas ditembak dari belakang sewaktu sedang berkempen di wilayah Nara.

Ahli politik itu menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 67 tahun sewaktu sedang menerima rawatan di sebuah hospital di bandar Kashihara.

Untuk info, Shinzo Abe merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di negara matahari terbit itu selepas memegang jawatan sebanyak dua kali iaitu pada 2006 dan sekali lagi pada 2012-2020.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.