fbpx

Gara-Gara Cemburu Bekas Isteri Jumpa Kekasih Baru, Bapa Sanggup Suap Anak Dengan Yogurt Beracun Hingga Mati

Dia telah membawa kedua-dua anaknya itu pulang ke rumahnya sebelum memberi mereka makan yogurt yang telah dicemari dengan racun serangga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, hanya kerana cemburu bekas isteri sudah menemui pilihan hati yang baharu, seorang bapa sanggup membunuh anaknya sendiri.

Lelaki yang dikenali sebagai Javier Hernandez Rojano, 37, itu dijatuhi hukuman penjara selama 60 tahun selepas dia didapati bersalah membunuh dua orang anaknya dengan memberi mereka makanan yogurt beracun.

Menurut laporan The Sun, jurucakap mahkamah jenayah di bandar La Paz, Bolivia berkata, Rojano memberitahu bekas isterinya untuk membawa anak-anak mereka yang berusia tujuh dan empat tahun untuk membeli kasut baharu.

Yogurt bercampur dengan racun serangga

Namun sebaliknya, dia membawa anak-anaknya itu pulang ke rumahnya dan meletakkan racun serangga pada yogurt sebelum menyuapkannya pada mereka.

Rojano juga dikatakan memakan sendiri yogurt beracun itu dan telah mengalami kekejangan perut yang teruk.

Dia kemudiannya pergi ke balai polis untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas serta membuat pengakuan bahawa dia telah membunuh anak-anaknya.

Memohon maaf pada ahli keluarga kerana membunuh anak

Rojano dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk beberapa minggu sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan sempat memohon maaf kepada ahli keluarga yang lain.

Dalam pada itu, Rojano turut mengakui kepada polis bahawa dia memutuskan untuk membunuh anak-anaknya itu kerana bekas isterinya telah menjumpai kekasih baharu.

Penduduk tempatan adakan protes tuntut keadilan buat mangsa

Susulan keputusan mahkamah, penduduk tempatan di bandar itu telah mengadakan protes secara besar-besaran bagi menuntut keadilan untuk kanak-kanak malang itu.

Protes diketuai oleh guru dari Institut Pendidikan Pertanian Teknikal, tempat kanak-kanak itu bersekolah rendah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.