fbpx
Now Reading
Disangka Sudah Meninggal Dunia, Wanita Pulang Ke Rumah Selepas Majlis Pengebumian Selesai

Disangka Sudah Meninggal Dunia, Wanita Pulang Ke Rumah Selepas Majlis Pengebumian Selesai

S Chandra sebelum itu telah meninggalkan rumahnya untuk mengunjungi sebuah kuil yang terletak sekitar 22km dari kediaman tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di India yang disangka sudah meninggal dunia oleh ahli keluarga dan penduduk kampung pulang ke rumahnya dalam keadaan sihat dan masih bernyawa.

S Chandra, 72, yang menetap di Ambedkar Nagar, Chennai sebelum itu diisytiharkan sudah ‘mati’ selepas polis menemui mayat seorang wanita yang maut dirempuh kereta api pada 20 September yang lalu.

Ia kemudian disahkan oleh anak lelakinya, Vadivelu, dengan hanya berpandukan pada sari yang dipakai oleh si mati, yang kebetulan sama dengan baju ibunya memandangkan proses pengecaman wajah tidak dapat dilakukan kerana keadaan mayat yang hancur.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Salah faham ini dipercayai bermula selepas Chandra meninggalkan rumah yang didudukinya bersama Vadivelu pada Isnin (19 Sept) pagi untuk mengunjungi sebuah kuil yang terletak sekitar 22km dari kediaman tersebut.

Dia sewaktu keluar memaklumkan akan pulang secepat mungkin. Namun dia pada hari itu lari dari rutin kebiasannya apabila mengambil keputusan untuk tidak terus pulang ke rumah sebaliknya pergi menziarahi beberapa kuil lain yang juga berada di kawasan berdekatan.

Risau kerana ibunya tidak pulang ke rumah, Vadivelu kemudiannya membuat satu laporan polis.

Dapat berita ada wanita mati dilanggar kereta api, polis hubungi si anak untuk pengecaman mayat

Keesokan harinya, si anak mendapat berita dari saudaranya bahawa terdapat seorang wanita yang mati dilanggar oleh kereta api di kampung berdekatan.

Dia dalam masa sama turut menerima panggilan dari pihak berkuasa yang mengarahkannya ke hospital untuk melakukan satu pengecaman mayat.

Baju mangsa dengan ibunya sama

“Memandangkan sari yang dipakai mayat itu sama dengan sari ibunya, dia mengesahkan bahawa mayat itu adalah Chandra,” kata R Srikanth, Deputi Supt Egmore Railway Police.

Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada keluarga yang lantas melakukan urusan pengebumian.

Namun pada hari Khamis, di saat keluarga masih lagi berkabung dan mengadakan ritual hari ketiga, Chandra tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumah dengan wajah yang terpinga-pinga sambil membawa bagasi pakaiannya.

Keluarga yang turut terkejut dengan kepulangannya kemudian menjelaskan apa yang telah berlaku selepas dia ‘menghilangkan diri’.

Penjelasan tersebut membuatkan Chandra akhirnya mengerti apa yang terjadi kenapa penduduk kampung begitu terkejut apabila terserempak denganya. Malah ia turut menjawab kenapa terdapat banyak poster kematiannya ditampal di sekitar kawasan rumah tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah mengarahkan kubur tersebut digali semula agar mayat dapat dibawa ke hospital bagi mengenal pasti identiti sebenarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.