Ambil Kira Pandangan Rakyat: 760,000 Tak Setuju GEG Dilaksanakan
Dengan pemerdagangan rokok haram berada pada tahap 58%, pelaksanaan GEG mampu melonjakkan peratusan menjadi lebih kronik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kerajaan harus mengambil kira pandangan rakyatnya dalam setiap keputusan yang bakal dilakukan dalam menguruskan pentadbiran negara supaya tidak mendapat tentangan di masa hadapan.
Kita dapat lihat tentangan yang diberikan kepada Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 (RUU GEG) yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin.
BACA JUGA: Hampir 650,000 Bantah GEG, Kerajaan Digesa Pertimbang ‘Suara’ Rakyat Malaysia
Walaupun RUU tersebut adalah bertujuan ke arah kebaikan tetapi kekurangan dan kelemahan dalam kandungan RUU tersebut mendapat tentangan bukan sahaja daripada perokok malah dari pakar perundangan, pakar kesihatan dan pakar ekonomi.
Kita boleh lihat hari petisyen yang dijalankan oleh Malaysia Bersuara yang setakat ini telah menerima hampir 760,000 tandatangan bantahan terhadap RUU terbabit dan memohon agar KKM mengkaji semula perlaksanaannya.
Di media juga kita dapat melihat bantahan daripada pemain industri peruncitan yang berpendapat perniagaan mereka bakal terjejas sekiranya RUU tersebut diluluskan.
Pelaksanaan GEG Boleh Jejaskan Ekonomi
The Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA), Malaysian Indian Restaurant Owners Association (PRIMAS), Malaysian Muslim Restaurant Owners Association (PRESMA) dan Federation of Sundry Goods Merchants Associations Malaysia (FSGMAM telah mengadakan satu sidang media baru-baru ini menyatakan kebimbangan mereka mengenai pelaksanaan GEG.
Menurut mereka, jualan produk tembakau yang sah di kedai runcit telah membentuk 30% daripada jumlah keuntungan semasa dan GEG bakal memberi kesan kepada keuntungan mereka, tambahan pula negara sedang bersedia berhadapan dengan kemelesetan ekonomi global.
Dalam sidang media itu juga, ke semua persatuan tersebut meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk RUU GEG dijalankan dengan sewajarnya serta melibatkan secara menyeluruh semua pihak yang akan terjejas ekoran rang undang-undang GEG.
Kata Presiden PRIMAS, J. Suresh, memandangkan Kementerian Kesihatan tidak dapat menyediakan penguatkuasa di setiap kedai runcit maka peruncit adalah kumpulan yang menjadi barisan hadapan dalam melaksanakan rang undang-undang GEG.
Pengendali runcit akan menjadi individu penting untuk menjalankan semakan kad pengenalan pelanggan tertentu sehingga boleh menyebabkan ketegangan tertentu dalam kedai. Rang undang-undang itu yang tidak membenarkan mereka yang lahir selepas 2007 bekerja di kedai yang menjual rokok akan menyebabkan kos operasi untuk perniagaan kecil ini akan meningkat dan menyebabkan ramai yang gulung tikar.
Presiden PRIMAS, J. Suresh.
Bukan sahaja itu, pakar ekonomi juga mengambarkan GEG bakal memberi kesan lebih buruk kepada pemerdagangan haram yang telah sedia parah di negara ini.
Dengan pemerdagangan rokok haram berada pada tahap 58%, pelaksanaan GEG mampu melonjakkan peratusan menjadi lebih kronik.
Menurut Pengarah Urusan Datametrics Research and Information Centre Sdn Bhd (DARE), larangan penjualan produk tembakau secara terang-terangan bagi mereka yang lahir selepas 2007 akan mengakibatkan insiden perdagangan haram meningkat daripada 58.4% pada Mac 2022 kepada setinggi 61.7% secara tidak langsung melonjakkan saiz pasaran haram kepada RM8.7 bilion.
Ini akan menyaksikan kehilangan hasil kerajaan daripada industri tembakau melebihi paras RM5 bilion.
Pengarah Urusan Datametrics Research and Information Centre Sdn Bhd (DARE).
Selain daripada kesan GEG kepada ekonomi pemain industri, terdapat juga kumpulan yang menyuarakan kebimbangan mengenai aspek perundangan yang mungkin melanggar perkara berkaitan hak kesamarataan yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pakar Undang-undang dari Fahri, Azzar & Co berkata, RUU yang dirangka tanpa persediaan rapi dan lemah bakal menimbulkan pelbagai isu berkaitan undang-undang di kalangan pemegang taruh RUU tersebut.
Ia berkemungkinan menimbulkan huru-hara pentadbiran negara. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) perlukan penyelidikan yang lebih mendalam. Saya fikir ini adalah contoh yang baik untuk mempersoalkan cara kita membuat undang-undang dan sama ada kita boleh melakukannya dengan cara yang lebih baik atau tidak.
Pakar Undang-undang dari Fahri, Azzar & Co.
Fahri juga mempersoalkan mengapa RUU tersebut tidak diedarkan kepada pemegang taruh yang berkaitan dan juga kepada umum sebelum ia dibentangkan di Parlimen.
“Kenapa tidak ambil masa enam bulan hingga setahun bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklum balas? Mungkin ini adalah cara bagaimana negara kita membuat undang-undang tanpa melibatkan seluruh negara,” katanya.
Selain itu, RUU GEG juga mendapat tentangan ekoran menyamakan rokok dengan vape dalam satu kategori kerana terdapat perdebatan bahawa vape adalah satu produk yang berbeza dan berfungsi sebagai satu kaedah pengurangan kemudaratan tembakau yang berkesan membantu perokok tegar berhenti merokok.
Ada pihak mendakwa bahawa vape merupakan alat yang mendorong seseorang yang tidak merokok terjebak dengan tabiat tersebut. Namun, menurut satu kajian yang dibiayai Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia menerusi Geran Penyelidikan Universiti Malaysia dan Geran Yayasan Penyelidikan Kesihatan Institut Kanada, majoriti pengguna vape adalah perokok tegar.
Berdasarkan hasil yang diperolehi 2020 ITC Malaysia Survey, 33.7% rakyat Malaysia dilaporkan pernah menggunakan vape yang dipecahkan mengikut kekerapan, 2.3% menggunakannya secara bulanan, 3.7% sekurang-kurangnya seminggu sekali dan 5.4% menggunakannya setiap hari.
Dari jumlah tersebut, 17.4% merupakan perokok manakala hanya 0.6% adalah dari golongan yang tidak merokok.
Ini membuktikan vape tidak menarik pengguna yang tidak pernah merokok kerana jumlah pengguna baru vape yang menggunakan vape dengan kerap atau boleh dikatakan sebagai pengguna tegar adalah sedikit.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)