fbpx

Kerajaan Switzerland Cadang Kenakan Denda RM4000 Kepada Wanita Pakai Niqab

Walaupun cadangan denda itu tidak menyebut wanita Islam secara langsung, tetapi ahli politik tempatan dan media tetap merujuk langkah yang dicadangkan itu sebagai ‘larangan burqa’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, bukanlah sesuatu yang asing lagi untuk melihat wanita Muslimah berpurdah ketika sedang berjalan-jalan di tempat awam, malah tiada larangan bagi sesiapa yang ingin memakainya.

Tidak hanya itu, setiap wanita tanpa mengira agama dan bangsa juga bebas untuk mengenakan apa sahaja pakaian yang bersesuaian asalkan ianya kelihatan sopan. Ini lah keistimewaan hidup di negara kita yang berbilang kaum.

Cadang kenakan denda sebanyak RM4000 terhadap individu yang memakai niqab

Namun, baru-baru ini Kerajaan Switzerland bercadang mengenakan denda sebanyak 900 pound (RM4,677) terhadap individu yang memakai niqab di bawah undang-undang larangan burqa.

Menurut Utusan Malaysia yang memetik Daily Mail, kerajaan di sana sudah mengemukakan draf undang-undang itu ke Parlimen.

Draf tersebut merangkumi beberapa pengecualian seperti cadangan memansuhkan larangan itu di pesawat, premis diplomatik dan juga tempat ibadah.

Faktor yang mengekalkan pemakaian niqab

Selain daripada itu, pemakaian niqab atas faktor kesihatan, keselamatan, keadaan iklim dan adat tempatan juga akan dikekalkan. Persembahan seni dan pengiklanan juga dikecualikan.

Foto: Pexels

Di bawah draf undang-undang tersebut, pelitup muka dianggap amat perlu untuk melindungi diri sementara kebebasan bersuara dan berhimpunan akan dibenarkan selagi mendapat kebenaran pihak berkuasa dan ketenteraman awam terjamin.

Larangan burqa untuk pastikan keselamatan dan ketenteraman awam

Walaupun cadangan denda itu tidak menyebut wanita Islam secara langsung, tetapi ahli politik tempatan dan media tetap merujuk langkah yang dicadangkan itu sebagai ‘larangan burqa’.

Dalam pada itu, kabinet turut memaklumkan larangan menutup wajah adalah bertujuan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Hukuman bukan keutamaan kami,” kata Kabinet dalam satu kenyataan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.