fbpx
Now Reading
141 Maut Akibat Jambatan Hampir 150 Tahun Runtuh Di India, 9 Pekerja Firma Ditangkap Polis [Video]

141 Maut Akibat Jambatan Hampir 150 Tahun Runtuh Di India, 9 Pekerja Firma Ditangkap Polis [Video]

Pihak polis di negeri Gujerat telah menahan sembilan orang berhubung insiden runtuhan jabatan pejalanan kaki itu dan kesemua mereka disiasat di bawah kesalahan membunuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, dunia digemparkan dengan berita runtuhan jambatan gantung di negeri Gujarat barat India yang memakan ratusan nyawa manusia.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik agensi Anadolu, Pegawai Kanan bomba di daerah Morbi Devendranish Jadeja berkata operasi menyelamat diteruskan semalam dan angka kematian mencecah 141 orang setakat pada pagi 31 Oktober.

Runtuh seminggu selepas ubahsuai

Ujarnya, kejadian tersebut berlaku pada petang Ahad di daerah Morbi apabila sebuah jambatan era British yang berusia hampir 150 tahun itu runtuh seminggu selepas pengubahsuaian.

Difahamkan, semasa kejadian runtuhan itu berlaku terdapat kira-kira 500 orang di atas jambatan tersebut.

Dalam pada itu, pentadbiran tempatan dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan negeri menyegerakan operasi menyelamat dengan bantuan tentera India.

Polis India menahan sembilan orang selepas insiden

Terkini, pihak polis Gujerat telah menahan sembilan orang berhubung insiden runtuhan jambatan pejalan kaki itu.

Empat daripada mereka yang ditahan adalah pekerja sebuah firma yang mendapat kontrak bagi kerja penyelenggaraan jambatan tersebut.

Sementara itu, polis tersebut berkata, sembilan orang yang ditahan semuanya dikaitkan dengan firma Oreva yang terlibat menyelenggara dan mengendalikan jambatan itu.

Mereka disiasat dibawah kesalahan membunuh

Pada masa sama, pegawai kanan polis Ashok Kumar Yadav ketika sidang akhbar berkata, mereka yang disiasat di bawah kesalahan membunuh itu terdiri daripada dua pengurus dan dua kerani tempahan tiket (semua kerja di Oreva) di tapak jambatan.

Menurutnya, lima lagi termasuk dua orang yang dikontrak untuk membaiki struktur itu, serta anggota keselamatan di jambatan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.