fbpx
Now Reading
‘Lampu Brek Tak Menyala’ – Tesla Akan Bantu Polis Siasat Kemalangan Maut Di China [Video]

‘Lampu Brek Tak Menyala’ – Tesla Akan Bantu Polis Siasat Kemalangan Maut Di China [Video]

Menurut Tesla, video tersebut terlihat bahawa lampu brek kereta tidak menyala dan datanya menunjukkan seolah tiada tindakan menekan brek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2021/04/26/atas-faktor-keselamatan-kereta-tesla-dihalang-guna-lebuhraya-di-china/

Baru-baru ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kenderaan elektrik (EV) Tesla yang memecut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan.

Menurut laporan Reuters yang memetik Jimu News, kemalangan yang berlaku di wilayah selatan Guangdong pada 5 November lalu telah menyebabkan seorang penunggang motosikal dan seorang pelajar perempuan sekolah menengah terbunuh.

Tesla bantu polis siasat kes kemalangan

Susulan insiden tersebut, syarikat Tesla (TSLA.O) akan membantu pihak polis China menyiasat kes kemalangan melibatkan kenderaan milik syarikatnya iaitu Tesla Model Y.

Sementara itu, polis trafik berkata, punca kemalangan masih belum dikenal pasti dan mereka masih mencari saksi kemalangan tersebut bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, menurut ahli keluarga pemandu lelaki yang berusia 55 tahun itu berkata punca kemalangan akibat masalah pada pedal brek.

Lampu brek tidak menyala seolah tiada tindakan

Namun Tesla berkata video tersebut memperlihatkan bahawa lampu brek kereta tidak menyala di saat kereta sedang bergerak laju dan datanya menunjukkan seolah-olah tiada tindakan menekan brek.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata seorang pemilik kereta warga China telah diarahkan oleh mahkamah untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi pampasan kepada Tesla kerana komen dibuat oleh pemandu tersebut kepada media mengenai isu brek adalah tidak konsisten.

Pihak mahkamah mendakwa setiap kenyataan dari pemilik kereta itu boleh merosakkan reputasi syarikat pengeluaran kereta elektik ternama itu.

Ini bukan kes pertama Tesla mengalami isu brek

Difahamkan, ini bukanlah kes pertama kereta Tesla mengalami isu kegagalan brek, kerana syarikat itu pernah menghadapi dakwaan serupa di China sebelum ini.

Tahun lepas seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dan mendakwa brek keretanya mempunyai masalah telah melakukan protes dengan memijak bumbung sebuah kereta pameran Tesla hingga isu tersebut menjadi tular di media sosial.

Dalam keadaan itu, Tesla berkata pelanggaran had kelajuan adalah punca di sebalik kemalangan tersebut tetapi berjanji untuk memperbaiki cara mereka menangani aduan pelanggan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.