fbpx
Now Reading
Cristiano Ronaldo Setuju Sertai Kelab Al Nassr Arab Saudi, Kontrak RM922 Juta Setahun

Cristiano Ronaldo Setuju Sertai Kelab Al Nassr Arab Saudi, Kontrak RM922 Juta Setahun

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Ronaldo menegaskan tiada perjanjian telah ditandatangani dan pemain kebangsaan Portugal itu masih kekal fokus pada perlawanan Piala Dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cristiano Ronaldo dilaporkan telah bersetuju menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan rekod kontrak termahal di dunia yang berjumlah £173 juta (RM922 juta) setahun.

Hal ini susulan kontrak pemain berusia 37 tahun itu bersama kelab Manchester United ditamatkan awal bulan ini.

Ronaldo dikatakan setuju dengan perjanjian kontrak selama 2 setengah tahun

Menurut Daily Mail yang memetik Marca, Ronaldo dikatakan telah bersetuju dengan perjanjian dua setengah tahun bersama kelab terbabit yang akan menyaksikan dia bermain sehingga umur 40 tahun.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Ronaldo menegaskan tiada perjanjian telah ditandatangani dan pemain kebangsaan Portugal itu masih kekal fokus pada perlawanan Piala Dunia.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu sebelum ini pernah menolak perpindahan ke Arab Saudi pada musim panas lalu, namun setelah tiada mana-mana kelab elit Eropah yang ingin mengambilnya, Ronaldo nampaknya akan berpindah semula ke Timur Tengah.

Ronaldo tamatkan kontrak dengan Manchester United, selepas temu bual panas

Terdahulu, media melaporkan Ronaldo menamatkan kontraknya bersama Manchester United secara serta merta setelah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Hal ini berikutan hubungannya bersama pengurus United, Ten Hag yang agak dingin dan bertambah keruh apabila dia membuat beberapa kenyataan kontroversi dalam satu temu bual.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Temu Bual Panas, Cristiano Ronaldo Tinggalkan Manchester United Serta-merta

Untuk info, Al-Nassr merupakan salah satu kelab bola sepak paling berjaya di Arab Saudi setelah dinobatkan sebagai pemenang liga utama negara itu sembilan kali dengan kali terakhir menjuarai liga pada 2019.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.