Influencer Mukbang Di China Meninggal Dunia Akibat Makan Berlebihan, Perut Penuh Makanan Tak Dihadam
Penstrim Mukbang, Pan Xiaoting dari China itu difahamkan meninggal dunia sewaktu sedang melakukan siaran langsung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan sehingga kini masih ada segelintir influencer yang membuat konten ‘Mukbang’ iaitu makan dalam kuantiti yang sangat banyak.
Malah mereka juga mampu menghabiskan makanan tersebut dalam beberapa tempoh demi mendapatkan tontonan yang banyak.
Meskipun ia mendapat perhatian dari segelintir pihak yang gemar menontonnya namun tidak dinafikan ia juga merupakan satu tabiat makan yang buruk serta boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan.
Penstrim Mukbang meninggal dunia kerana makan berlebihan
Baru-baru ini seorang wanita yang juga penstrim video dari China dilaporkan meninggal dunia ketika sedang melakukan live di media sosial akibat makan secara berlebihan, lapor Oddity Central.
Wanita yang dikenali sebagai Pan Xiaoting, 24, dilaporkan meninggal dunia pada awal bulan Julai selepas badannya menjadi lesu kerana makan berlebihan.
Perut dipenuhi makanan tak dihadam
Hasil bedah siasat yang dilakukan menunjukkan perut wanita terbabit dipenuhi dengan makanan yang tidak dihadam selain keadaan dalam perutnya yang cacat teruk.
Xiaoting sebelum ini merupakan seorang pelayan di sebuah restoran namun memilih kerjaya sebagai penstrim mukbang selepas melihat kejayaan streamer mukbang lain menjana pendapatan dengan konten berkenaan.
Oleh itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk mencubanya. Untuk permulaan Xiaoting perlu mengumpulkan pengikutnya dan ia mula bertambah selepas meningkatkan lagi jumlah makanan yang dimakan.
Bermula dengan sampingan sebelum berhenti kerja
Awalnya, wanita ini hanya melakukan mukbang tersebut sebagai kerja sampingan, namun apabila melihat jumlah penonton semakin bertambah dia membuat keputusan berhenti kerja dan menjadikan konten mukbang sebagai kerjaya.
Bukan hanya itu, wanita berkenaan turut menyewa sebuah rumah yang dijadikan sebagai studio untuk membuat mukbang. Namun kerjaya itu tidak direstui oleh ibu bapa kerana bimbang akan kesihatannya.
Namun pada Xiaoting semakin ramai penonton melihat videonya semakin dia tidak kisah dengan keadaannya.
Tampil dengan pelbagai cabaran ekstrim
Malah dia turut tampil dengan pelbagai cabaran yang ekstrim untuk menarik penonton sehingga ia menjejaskan tubuh badannya.
Walau bagaimanapun ibu bapa dan penonton sering memberi amaran kepadanya tentang bahaya makan terlalu banyak yang boleh menjejaskan kesihatan. Namun Xiaoting sering meminta orang ramai untuk ‘tidak bimbang kerana dia mampu mengatasinya’.
Wanita itu turut mengalami kenaikan berat badan sehingga mencecah 300 kilogram. Malah dia juga pernah didiagnos mengalami pendarahan gastrik namun apa yang dilakukan oleh Xiaoting sebaik keluar dari hospital adalah terus melakukan stream mukbang.
Makan tanpa henti selama 10 jam sehari
Walau bagaimanapun, untuk membuatkan penonton setia menonton video stream pada tempoh yang lama adalah sukar. Susulan itu, wanita terbabit melakukan cabaran yang ekstrim seperti makan tanpa henti selama 10 jam sehari dengan mengambil makanan lebih daripada 10 kg untuk setiap sesi siaran langsung.
Namun badannya sukar untuk menerima rutin makan tersebut sehingga menyebabkan dia akhirnya meninggal dunia sewaktu sedang bersiaran secara langsung pada 14 Julai lalu.