fbpx
Now Reading
Trump: Israel Tak Wujud Jika Kamala Harris Menang Sebagai Presiden AS

Trump: Israel Tak Wujud Jika Kamala Harris Menang Sebagai Presiden AS

Kamala Harris bagaimanapun menyelar dakwaan tersebut dan mengatakan ia ‘tidak benar’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Donald Trump pasti ramai yang mengenali bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 pada tahun 2017 sehingga 2021.

Malah dia juga dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya di negara berkenaan serta memegang status jutawan.

Trump dakwa Israel tak wujud kalau Kamala Harris jadi presiden AS

Terbaharu, Trump yang sekali lagi menjadi calon presiden AS dari parti Republikan mendakwa Israel mungkin akan lenyap dalam tempoh dua tahun akan datang jika pencabarnya iaitu Kamala Harris menjadi presiden negara berkenaan.

Trump berkata demikian ketika Debat Presiden yang diadakan pada 11 September.

Tambahnya, Harris ‘membenci Israel’ serta tidak menyokong perdana menterinya iaitu Benjamin Netanyahu.

“Dia benci Israel. Jika dia presiden, saya percaya Israel tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun lagi, dan saya telah membuat ramalan yang agak baik, (bagaimanapun) saya harap saya salah tentang ini.

“Dia benci Israel. Pada masa yang sama, dalam caranya sendiri dia benci penduduk Arab kerana keseluruhan tempat itu akan meletup. Orang Arab, rakyat Yahudi, Israel. Israel akan hilang,” ujarnya ketika berdebat, lapor Astro Awani.

Trump sifatkan ada hubungan baik dengan Presiden Rusia

Dalam pada itu, Trump juga mendakwa peperangan yang berlaku di antara Ukraine dan Rusia juga tak akan berlaku jika dia masih menjadi presiden.

Jelasnya dia mempunyai hubungan baik dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan ia telah menghalang dari berlaku sebarang pencerobohan sepanjang tempoh empat tahun Trump berada di Rumah Putih dari tahun 2017-2021.

Tambah bekas Presiden AS itu lagi, pencerobohan Rusia terhadap Ukraine terjadi disebabkan kepimpinan semasa tidak dapat menguruskan hubungan diplomatik dengan baik.

Trump berkata begitu sewaktu dia diminta untuk mengulas tentang isu dasar luar AS serta bagaimana kepimpinannya boleh menghalang kepada konflik global yang sedang terjadi.

Kamala Harris selar dakwaan Trump mengatakan dia benci Israel

Memetik laporan New York Post, Harris mengatakan dia akan memberikan ‘Israel keupayaan untuk mempertahankan dirinya, khususnya yang berkaitan Iran.’

Naib Presiden AS itu turut menyokong cadangan Presidennya, Joe Biden untuk menjadikan negara merdeka bagi rakyat Palestin.

“Namun kita perlu mempunyai penyelesesaian untuk keduanya, di mana kita boleh membina semula Gaza, di mana rakyat Palestin mempunyai keselamatan,” kata Harris.

Malah dia turut menyelar dakwaan Trump yang mengatakan dia membenci negara Yahudi sebagai satu ‘perkara yang tidak benar’.

“Saya mempunyai keseluruhan kerjaya dan kehidupan menyokong Israel dan rakyat Israel. Dia (Trump) cuba sekali lagi membahagikan dan mengalihkan perhatian daripada realiti.

“Umum mengetahui bahawa Donald Trump lemah dan salah dalam keselamatan negara dan dasar luar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.