Pelancong China Didakwa Lastik Haiwan Ketika Melawat Zoo Di Thailand
Menurut Ketua Keselamatan di Zoo Terbuka Khao Kheiw, Krittaphas Intipanya dia telah diarahkan oleh pengarah zoo berkenaan untuk membuat laporan kepada polis berhubung isu tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui haiwan merupakan antara mahkluk yang tidak boleh disakiti tanpa sebab yang jelas seperti mengancam nyawa dan sebagainya.
Apatah lagi sekiranya haiwan tersebut berada di bawah jagaan dan pantauan seperti di pusat pemeliharaan dan pemuliharaan, zoo, taman haiwan dan sebagainya. Malah kawasan seperti ini juga mempunyai beberapa ketetapan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung.
Pelancong China didakwa lastik haiwan ketika berkunjung di zoo Thailand
Namun baru-baru ini, sebuah kumpulan pelancong telah menjadi perhatian apabila terdapat seorang individu darinya yang didakwa bertindak melastik haiwan di Zoo Terbuka Khao Kheow, Chon Buri, Thailand.
Susulan daripada tindakan itu, pihak zoo berkenaan kemudiannya telah membuat laporan terhadap kumpulan pelancong yang pada mulanya tular di TikTok dengan tindakan melastik di kawasan terbabit.
Di dalam video tersebut turut disertakan kapsyen ‘Tidak comel sama sekali’ sebelum menjadi tular dikongsikan oleh ramai netizen lain di aplikasi berkenaan.
Memetik laporan Bangkok Post, klip rakaman itu memaparkan sekumpulan pelancong dari China yang ditemani oleh pemandu pelancong sedang menggunakan alat melastik ketika berada di Zon harimau (Tiger Valley zone).
Buat laporan kepada polis agar insiden sama tak berulang
Ketua Keselamatan di Zoo Terbuka Khao Kheow, Krittaphas Intipanya memaklumkan pada 20 Oktober dia telah diarahkan oleh Pengarah zoo, Narongwit Chodchoy untuk membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Sri Racha sebagai usaha untuk mengelakan insiden sama dari berulang lagi di masa akan datang.
Ujarnya, zoo merupakan kawasan yang bebas untuk monyet berkeliaran. Oleh itu, staf di zoo tersebut kebiasannya membawa alat seperti melastik sebagai salah satu langkah untuk berjaga-jaga bagi menghalang haiwan terbabit daripada berada terlalu dekat dengan pelancong.
Kata Krittaphas lagi, pengarah zoo berkenaan amat prihatin dengan tindakan pelancong yang mungkin membawa kepada insiden penderaan haiwan lain di zoo. Maka dia mengarahkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Hantar surat kepada syarikat yang membawa pelancong, beri amaran kepada pelanggan
Selain membuat aduan rasmi, pihak zoo turut menghantar surat kepada syarikat pelancong untuk memberi amaran kepada pelanggan mereka agar tidak membawa alat melastik ketika berkunjung di zoo atau bertindak melakukan tindakan yang boleh membahayakan haiwan.
Ini juga bukanlah kali pertama pelancong yang berkunjung melakukan tindakan bahaya terhadap haiwan di zoo berkenaan.
Pada bulan lalu satu video TikTok yang dikongsikan di aplikasi itu turut memaparkan tindakan pengunjung yang membaling cengkerang dan menuang air ke atas Moo Deng iaitu anak hippo terkenal semasa ia sedang berehat.
Insiden itu membuatkan pengarah zoo terbabit menetapkan peraturan lawatan dengan lebih ketat selain turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kandang popular untuk memastikan keselamatan haiwan terkenal itu.