Tak Sampai Beberapa Jam, Presiden Korea Selatan Tarik Balik Perintah Darurat Ketenteraan Selepas Desakan Parlimen
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol beberapa jam sebelumnya mengisytihar undang-undang darurat tentera selain menuduh parti pembangkang cuba menghasut pemberontakan terhadap kerajaan dan melakukan aktiviti-aktiviti anti negara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (3 Disember), kecoh di Korea Selatan apabila Presiden Yoon Suk Yeol, mengisytiharkan undang-undang tentera dalam satu ucapannya menerusi televisyen.
Dalam ucapan terbabit, beliau menuduh parti pembangkang Korea Selatan bersimpati dengan Korea Utara selain cuba melakukan aktiviti-aktiviti anti negara. Beliau turut mendakwa parti pembangkang menghasut pemberontakan terhadap kerajaan.
Langkah ini juga diambil selepas pembangkang, Parti Demokratik meluluskan rang undang-undang pengecilan belanjawan dalam jawatankuasa belanjawan parlimen, selain mengemukakan usul pendakwaan terhadap seorang juruaudit negara dan ketua pendakwa raya, lapor Astro Awani.
Tindakan terbabit disifatkan sebagai ‘perbuatan subversif untuk menghasut pemberontakan’. Bukan itu sahaja, tindakan pihak pembangkang juga dikatakan boleh melumpuhkan urusan hal ehwal negara.
Undang-undang Tentera Bertujuan Untuk Lindungi Kebebasan & Keselamatan Rakyat
Jelas Suk Yeol, pengisytiharan undang-undang tentera dianggap sebagai satu langkah bagi menghapuskan ‘anasir subversif pro-Korea Utara’.
Tambah beliau lagi, ia juga penting bagi melindungi kebebasan dan keselamatan rakyat, memastikan kelestarian negara serta memastikan peralihan negara yang stabil kepada generasi pada masa akan datang.
Semua Aktiviti Politik Adalah Dilarang Selepas Undang-undang Tentera Diisytiharkan
Susulan itu, Ketua Turus Tentera Korea Selatan, Jeneral Park An-su melarang semua aktiviti politik selepas Suk-yeol mengisytiharkan undang-undang tentera termasuk demonstrasi dan juga aktiviti parti politik.
Dekri rasmi yang dihantar kepada pemberita memaklumkan bahawa semua media dan penerbitan adalah tertakluk kepada kawalan perintah undang-undang tentera.
“Berita palsu, manipulasi pendapat umum dan propaganda palsu adalah dilarang,” kata dekri itu selain memberi amaran bahawa pihak yang melanggarnya boleh ditangkap tanpa menunjukkan sebarang waran.
Undang-undang Tentera Dibatalkan, Ribuan Penunjuk Perasaan Buat Rusuhan Depan Parlimen
Namun tidak sampai 2 jam ia diisytiharkan, undang-undang tentera yang dibuat pertama kali di Korea Selatan sejak 1979 itu telah ditarik semula. Keputusan ini diambil selepas Parlimen Korea Selatan sebulat suara bersetuju untuk membatalkannya.
Keputusan drastik yang dilakukan Suk Yeol telah menyebabkan ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar Parlimen untuk menentang keputusan terbabit.
Seramai 190 Ahli Parlimen telah menghadiri sidang Parlimen sekitar jam 1 pagi (waktu tempatan) bagi menyokong usul untuk menamatkan undang-undang tentera serta-merta.
Susulan itu, Speaker Parlimen memaklumkan bahawa undian majoriti yang diterima menyebabkan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Suk Yeol terbatal berdasarkan perlembagaan negara.
🚨🚨🇰🇷🇰🇷😳
— World Crisis Tracker (@WorldCrisi19621) December 3, 2024
News update
People in South Korea have taken to the streets to protest against the declaration of martial law!#SouthKorea #martiallaw#army https://t.co/iMYCGjKyQL pic.twitter.com/EVAWH1V27r
Rakyat Korea Gesa Suk-Yeol Letak Jawatan
Memetik CNN, penunjuk perasaan telah berkumpul pada pagi ini (4 Disember) menggesa Suk Yeol untuk meletakkan jawatan.
Penduduk tempatan telah melaungkan, ‘Tangkap Yoon Suk Yeol’ dan ‘Yoon Suk Yeol Sampah’ secara beramai-ramai.
Pihak polis juga dilaporkan sedang mengawal pergerakan orang ramai ekoran aktiviti protes yang berlangsung semalaman di sekitar Dewan Negara.
#SouthKorean protesters hold a banner that reads “we condemn #YoonSukYeol‘s illegal martial law” during a rally against President Yoon Suk Yeol at #Gwanghwamun Square in #Seoul on December 4. #SouthKorea #Asia pic.twitter.com/GsNEYOm6OC
— Said Pulido (@Super_Said) December 4, 2024