fbpx
Now Reading
Mahkamah Brazil Arah Adele Padam Lagu ‘Million Years Ago’ Di Seluruh Dunia Atas Dakwaan Plagiat

Mahkamah Brazil Arah Adele Padam Lagu ‘Million Years Ago’ Di Seluruh Dunia Atas Dakwaan Plagiat

Selain diminta untuk menarik dan menghentikan semua khidmat penstriman, pihak komposer yang dikenali sebagai Geraes juga menuntut kehilangan royalti sebanyak RM715,400.45.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut mengenai penyanyi terkenal British, Adele ini pasti ramai yang terpukau dengan suaranya yang tinggi dan merdu dalam setiap lagu yang dibawa.

Malah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Adele juga sering meniti di bibir peminatnya seperti Set Fire to The Rain, Skyfall, Rolling In The Deep serta banyak lagi.

Bukan hanya itu mereka yang meminatinya juga sanggup berhabisan wang ringgit untuk menghadiri konsert yang diadakan penyanyi ini agar dapat mendengarnya secara ‘Live’.

Mahkamah di Brazil minta lagu dinyanyikan Adele untuk ditarik semula kerana ciplak komposer lain

Terbaharu, hakim dari mahkamah Brazil telah meminta lagu popular yang dinyanyikan oleh Adele bertajuk Million Years Ago untuk ditarik semula dari seluruh dunia termasuk di platform penstriman.

Hakim mengeluarkan arahan tersebut selepas mendapati lagu berkenaan telah menciplak karya seorang komposer Brazil, Toninho Geraes.

Injuksi tersebut turut membabitkan syarikat Sony dan Universal di Brazil serta syarikat label Adele dengan jumlah denda sebanyak $8,000 (RM35,801) bagi ‘setiap tindakan ketidakpatuhan’.

Masih boleh buat rayuan

Walau bagaimanapun, syarikat muzik berkenaan masih lagi boleh membuat rayuan untuk keputusan yang dibuat oleh hakim, Victor Torres pada Jumaat (13 Disember) di Mahkamah Komersial Keenam Rio de Jeneiro.

Menurut laporan The Guardian yang memetik AFP, Injuksi awal telah diperoleh pada Isnin (19 Disember) di mana syarikat Sony dan Universal diperintahkan untuk menghenti menyiarkan lagu tersebut di seluruh dunia, menggunakan, menghasilkan, menyunting, mengedarkan atau mengkomersialkan lagu terbabit secara serta merta.

Ini merangkumi semua bentuk seperti fizikal mahupun digital, penstriman atau platform perkongsian.

“Ia adalah satu mercu tanda untuk muzik Brazil yang sering ditiru untuk menjadi gubahan antarabangsa yang berjaya,” kata peguam yang mewakili komposer itu, Fredimio Trotta.

Akan usaha untuk pastikan semua pihak penyiar tahu mengenai arahan mahkamah Brazil

Kata Trotta lagi firmanya pada minggu ini turut akan berusaha memastikan pihak penyiar seperti radio, siaran televisyen dan perkhidmatan penstriman seluruh dunia dimaklumkan berhubung keputusan yang diarahkan mahkamah Brazil ini.

Jelasnya lagi, anak guamnya mendakwa Adele yang mengeluarkan lagu tersebut pada 2015 telah menciplak lagu Geraes bergenre muzik samba klasik Mulheres (wanita) yang dirakam penyanyi Brazil dikenali sebagai Martinho da Vila dalam album hit pada 1995.

Selain itu, Geraes juga menuntut kerugian royalti sebanyak $160,000 (RM715,400.45) sebagai ganti rugi moral dan kredit penulisan lagu ke atas lagu ciptaan penyanyi terkenal tersebut.

Sony Brazil setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyaataan, manakala Universal Muzik Brazil juga tidak memberi sebarang respon ketika diminta mengulas isu ini.

Kata Trotta lagi, injuksi ini sepatutnya akan memberikan satu kesan yang menyedihkan kepada penyanyi asing yang mahu menggunakan ton muzik Brazil.

Pernah dituduh plagiat lagu muzik Turki

Adele sebelum ini juga pernah dituduh oleh peminat muzik Turki melakukan plagiat dalam lagu sama, Million Years Ago yang mendakwa lagu itu sama dengan lagu pada tahun 1985 dinyanyikan oleh seorang penyanyi Kurdish iaitu Ahmet Kaya yang juga dikenali sebagai Acilara Tutunmak (berpegang teguh pada kesakitan).

Penyanyi itu bagaimanapun telah meninggal dunia di Perancis pada tahun 2000, balu kepada penyanyi tersebut menyifatkan tidak mungkin artis berbakat seperti Adele akan melakukan perkara sedimikian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.