fbpx
Now Reading
“Gaza Milik Palestin”- Bekas PM Israel Tolak Cadangan AS Ambil Alih Gaza

“Gaza Milik Palestin”- Bekas PM Israel Tolak Cadangan AS Ambil Alih Gaza

Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengatakan beliau menerima baik bantuan AS untuk membina semula Gaza jika ia untuk rakyat Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengejutkan dunia apabila menzahirkan hasrat mahu ‘mengambil alih’ Gaza selepas memindahkan rakyat Palestin ke negara lain untuk membangunkan kawasan itu sebagai ‘Riviera’ Asia Barat.

Cadangan yang diusulkan oleh Trump itu kemudiannya mendapat kecaman di kalangan orang ramai di mana rata-rata menyifatkan dia sebagai gila dan tak masuk akal.

Bekas PM tolak cadangan AS ambil alih Gaza kerana ia milik Palestin

Terbaharu, bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert turut menolak cadangan terbabit dan menyifatkan rancangan itu tidak boleh dilaksanakan disebabkan wilayah berkenaan bukan hak milik Israel untuk diserahkan kepada sesiapa.

Jelas mantan Perdana Menteri itu lagi dalam program World News America BBC, dia menyambut baik bantuan yang diberikan Amerika Syarikat bagi membina semula Gaza namun hanya untuk dibina untuk rakyat Palestin.

“Saya dengar Amerika mengharapkan Israel menyerahkan Gaza kepada mereka. Kami tidak boleh melakukannya kerana kami tidak memilikinya: Gaza bukan milik kami (Israel). Gaza milik Palestin,” katanya, lapor Astro Awani.

Menurut Setiausaha Negara, Marco Rubio dan Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, Trump sebenarnya hanya mahu memindahkan kira-kira 1.8 juta penduduk Gaza secara sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan semula bandar Gaza dapat dilakukan.

Berundur dari parti Likud kerana nak laksanakan pengunduran tentera & penduduk Israel dari Gaza

Terdahulu Olmert pernah menyertai Parti Likud yang merupakan parti sama dipimpin oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selama lebih 30 tahun.

Walau bagaimanapun pada 2006, pemimpin itu bersama Ariel Sharon mengambil keputusan untuk meninggalkan parti berkenaan bagi melaksanakan pengunduran tentera dan penduduk Israel dari Gaza.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.