fbpx

7 Lelaki Disyaki Terlibat Dalam Rusuhan Kuil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Telah berlakunya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada awal pagi tadi. Polis telah menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Gambar: Kosmo

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan mansor berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar ibu negara dan Selangor antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari tadi.

“Peranan mereka dalam kejadian masih disiasat. Buat masa ini, kita telah menempatkan sebanyak 700 anggota dan pegawai polis di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar pembongkaran makmal dadah di kawasan perindustrian di Semenyih, di sini hari ini.

Kejadian itu terjadi kira-kira pukul 2.45 pagi dan telah berlaku kekecohan antara sekumpulan 50 lelaki yang berada dalam pekarangan kuil tersebut dengan sekumpulan lagi lelaki yang berada di luar kuil.

Sebanyak 18 kenderaan termasuk dua motosikal terbakar manakala sebuah kereta peronda polis turut dibaling batu oleh perusuh.

Telah berlakunya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada awal pagi tadi. Polis telah menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Sumber: Utusan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.