Now Reading
Huawei Dibenarkan Berdagang Di Amerika Syarikat Semula

Huawei Dibenarkan Berdagang Di Amerika Syarikat Semula

Telah kecoh sekitar dua bulan lalu apabila presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Huawei selaku syarikat dari China disekat daripada berurusniaga di Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, malah Huawei yang menggunakan sistem operasi Android turut disekat pada model-model akan datang.

Pengumuman yang dibuat ini bukan sahaja menjejas Huawei, malah turut memberi kesan kepada penjual telefon pintar jenama tersebut serta penggunanya.

Selepas beberapa bulan ‘perang dagang’ berlangsung antara mereka, Donald Trump berjaya mencapai kata sepakat bersama presiden China, Xi Jinpang. Donald Trump telah mengumumkan bahawa Huawei diberi peluang untuk berdagang semula di Amerika Syarikat selaku mana produk yang dikeluarkan tidak memberi kesan kepada sekuriti negara tersebut.

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah menghalang Huawei buat sementara waktu diatas tuduhan produk Huawei mampu mengintip sekuriti negara berkenaan.

See Also

Sumber: The Vocket

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.