Pasangan Ini Memandu Sejauh 12,544KM Ke Mekah Untuk Tunai Haji

Menunaikan haji merupakan Rukun Islam yang kelima. Semua orang pasti ingin menunaikan haji, begitu juga buat pasangan Adnan Abdullah dan isteri, Hadibah Idris yang memilih untuk memandu sendiri dari Shah Alam ke Mekah.

Pasangan ini telah pun memulakan perjalanan dari Shah Alam 2 Mei lalu dengan memandu sebuah Ford Ranger 2.5 WLT hasil pemberian 5 orang anak mereka. Kenderaan tersebut diberi nama ‘unta kurus’ dan telah diubah sesuai untuk perjalanan mereka ke Mekah.

Proses pengembaraan ini turut dibantu oleh anak-anak mereka iaitu Syrrusilah yang bertanggungjawab terhadap sistem solar kenderaan ini, Syrrulfarah dan Syrrushaqwa yang bertanggungjawab atas perkara teknikal seperti dokumentasi dan kewangan serta Syrrunnaja dari segi bekalan perubatan memandangkan beliau merupakan seorang doktor.

Kenderaan ini turut dilengkapi dengan sistem kuasa solar, katil, dapur kecil dan ruang berehat. Menurut pasangan yang merupakan bekas pensyarah itu, perjalanan ke Mekah ini sudah dirancang bertahun-tahun lamanya. Perjalanan ini sebagai ganjaran kepada diri sendiri setelah bertahun-tahun menggalas tanggungjawab untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan keluarga.

Menjawab pertanyaan mengapa tidak ke Mekah dengan menyertai rombongan seperti orang lain kebiasaannya, pasangan ini ringkas menjawab mereka pilih untuk menempuhi laluan yang sukar.

Sebelum ini. pasangan ini berjaya mencatatkan pemanduan sejauh 500 kilometer selama 3 bulan merentasi pelbagai negara seperti Thailand, Myanmar dan India. Menurut mereka, tempoh yang paling mencabar ialah ketika bulan Ramadhan lalu apabila mereka bergantung pada bekalan roti dan serunding sahaja untuk bersahur dan berbuka.

Pasangan ini dijangka bakal tiba di Mekah pada bulan hadapan.

Sumber: The Vocket

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

8 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

8 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

10 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago