Now Reading
Daphne Buat Netizen Marah?

Daphne Buat Netizen Marah?

Pengacara cantik manis, Daphne Iking, 39 tahun, meminta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan gambarnya memegang seekor anjing di Instagram, semalam.

IG Daphne Iking

Tindakannya membuatkan netizen bergaduh sesama mereka di ruangan komen gambar tersebut hingga Daphne terpaksa menutup komen gambar itu.

Walaupun dia sudah menjelaskan bahawa dia akan membersihkan diri selepas memegang anjing itu, namun dia masih dikecam gara-gara gambar itu.

“Ya. Saya seorang muslim. Itu bukan anjing kepunyaan saya tetapi milik seorang kawan,” katanya.

IG Daphne Iking

Selain itu, Daphne dilihat memuatnaik satu screenshot berupa jawapan kepada mereka yang mengecamnya supaya isu tersebut tidak dipanjangkan lagi.

IG Daphne Iking

Terdapat beberapa pihak yang memahami situasi dia dan memujinya kerana berjaya menjelaskan perkara itu dengan jelas dan menghormatinya kerana dia masih berusaha untuk menjelaskan perkara sebenar kepada mereka yang tidak memahami situasi dialaminya.

Tak salah jika mahu menegur orang, tapi biarlah secara sopan dan bertanya dahulu situasi sebenar sebelum menghukum seseorang.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.