fbpx
Now Reading
Gabungan Perisa Keju dan Coklat, Tambat Hati Penggemar Apam Balik

Gabungan Perisa Keju dan Coklat, Tambat Hati Penggemar Apam Balik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila berkunjung ke pasar malam, semestinya kita akan terliur dengan aroma apam balik yang dimasak oleh peniaga. Ramuan jagung, kacang tanah dan gula pasti membangkitkan selera penunjung untuk membeli apam balik dan makan ketika masih panas.

Kini apam balik juga terdapat dalam pelbagai perisa seperti keju dan coklat, antaranya boleh didapati di gerai milik Faiz Abdul Ghani, 38 yang terletak di depan masjid Bukit Aman.

Jika pelanggan datang serentak, Faiz Abdul Ghani tidak menang tangan melayan permintaan peminat apam balik.

Apam Balek FN, yang dibuka sejak 2010 kini menjadi tumpuan ramai sehingga terjual lebih 200 keping setiap hari.

Pengalamannya bekerja di hotel dan menyediakan hidangan tersebut selama 11 tahun mencetuskan idea kepada beliau untuk membuat apam pelbagai perisa.

Gerai apam balik dibuka setiap Isnin hingga Jumaat antara 12 tengah hari hingga 6.30 petang.

Trak makanan ini biasanya akan dipenuhi pengunjung ketika waktu minum petang atau pulang kerja, sekitar jam 3 hingga 6 petang.

Apam balik perisa keju dan coklat yang berharga RM6 adalah yang paling laris daripada 20 pilihan perisa yang lain.

Harga apam balik dijual bermula daripada RM3 sehingga RM7.

Antara perisa yang boleh dipilih seperti keju jagung, kismis kacang, mentega kacang, keju Oreo, kacang coklat, durian dan terbaru durian keju coklat.

Apam balik perisa Peanut Butter Oreo Coklat

Apam Balek FN juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di kawasan sekitar dengan pesanan minimum 10 keping.

Terdapat dua jalan masuk bagi anda yang mahu ke sini.

Jika dari Jalan Parlimen, belok ke Jalan Tanglin untuk ke masjid Bukit Aman.

Jika anda dari Jalan Lembah berhampiran Masjid Negara, terus melalui tepi Taman Burung Kuala Lumpur, anda pasti bertemu masjid berkubah biru.

Lebih mudah, taip sahaja Masjid Bukit Aman di aplikasi peta Google anda. Semak juga Facebook: Apam Balek FN atau hubungi 017 208 1962.

Sumber : The Malay Mail Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.