Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Malaysia kaya dengan destinasi pelancongan indah yang menjadi tarikan kepada pelancong luar negara. Malah ada juga beberapa orang pelancong yang jatuh hati dengan keindahan Malaysia sehingga menetap di Malaysia dan berkahwin dengan orang tempatan.
Namun, satu posting yang telah dimuat naik oleh seorang pelancong, Vaughan McShane yang pernah berkunjung ke Malaysia menarik perhatian admin apabila dia menulis tajuk “10 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Berkunjung Ke Malaysia” dalam bahasa Inggeris berserta gambar.
Berikut adalah antara sebab yang ditulis oleh Vaughan di dalam blog nya.
1.Malaysia mempunyai pantai yang sangat buruk
2. Pemandangan matahari terbenam di Malaysia tidak menarik langsung!
3. Rakyat Malaysia tidak peramah
4. Tiada kepelbagaian budaya di Malaysia
5. Tiada hutan yang indah di Malaysia!
Banyak lagi sebab yang telah ditulis oleh Vaughan di blog miliknya dan ternyata ia hanyalah ‘sarcasm’ semata-mata. Admin pun terkena! Malah rasa bangga pula jadi rakyat Malaysia kerana negara kita mempunyai tempat yang menarik dan rakyat yang peramah.