fbpx
Now Reading
[VIDEO] Wanita Ini Terkejut Apabila Seorang Penyelam Skuba Mendekatinya Dan Anak-Anaknya

[VIDEO] Wanita Ini Terkejut Apabila Seorang Penyelam Skuba Mendekatinya Dan Anak-Anaknya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita, Bethany Bronson dan anak-anaknya terkejut apabila seorang penyelam skuba berenang dekat dengannya dan anak-anaknya.

Mereka yang sedang berenang berhampiran rumah mereka di Pulau Okinawa, sebuah pulau di Jepun terkejut apabila mereka mengetahui penyelam skuba tersebut adalah seseorang yang mereka cukup kenali.

Seorang rakannya yang sedang mengambil video mereka bertanya kepada Bethany dan anak-anaknya jika mereka ingin berkata sesuatu  kepada suami dan ayahnya,Kapten Hyrum Bronson dan akan dimuat naik di Facebook.
Menurut Bethany, dia dan suaminya Kapten Hyrum Bronson telah berjauhan  selama hampir setahun. Suaminya bertugas di Amerika Syarikat di mana dia menerima latihan selama tiga bulan sebelum dipindahkan ke Afghanistan selama enam bulan.

Bethany beranggapan bahawa  suaminya akan kembali dalam masa tiga minggu lagi.

Di dalam video, ketika Bethany dan anak-anaknya bercakap pada kamera seorang penyelam skuba mula berenang perlahan-lahan ke arah mereka.

Kapten Hyrum Bronson muncul daripada air dan memberi kejutan kepada isteri dan anak-anaknya. Bethany seakan tidak percaya siapa berdiri di hadapannya.

Bethany dan anak-anaknya berpelukan dan sungguh gembira dengan kejutan yang diterimanya.

Sumber : The Poch Times

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.