fbpx
Now Reading
Apa Yang Anda Perlu Makan Untuk Dapatkan Mood Gembira

Apa Yang Anda Perlu Makan Untuk Dapatkan Mood Gembira

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pakar nutrisi Kerry Torrens berpendapat bahawa anda perlu makan untuk memastikan anda sentiasa sihat dengan makanan yang penuh dengan nutrient untuk menghasilkan serotonin, iaitu hormon gembira.

Anda perlu makan makanan yang mengandungi Vitamin D. Vitamin D dikenali vitamin yang dihasilkan daripada cahaya matahari, dan selalunya dikaitkan dengan mood yang baik. Vitamin D boleh terkandung dalam makanan seperti telur, jenis ikan berminyak seperti ikan kembung dan salmon, dan juga bijirin.

Pastikan anda sentiasa mengamalkan makanan yang mempunyai amino asid tryptophan yang kaya dengan serotonin. Makanan seperti ayam, bahan tenusu, soya dan bijian merupakan antara makanan yang kaya dengan serotonin.

Amalkan makanan seperti nasi perang, kekacang dan roti wholemeal yang mempunyai vitamin B6 yang membantu dalam memproses serotonin di dalam badan anda.
Jika anda rasa letih dan tidak dalam mood yang baik, anda perlu menambah pemakanan makanan mengandungi Vitamin B3 seperti ikan, telur dan bahan tenusu.

Makanan ini  juga tinggi dengan Omega-3 untuk menjana pemikiran yang baik.

Bagi mereka yang hanya memakan sayur sayuran, anda boleh dapatkan omega-3 di dalam sumber minyak yang bagus seperti minyak chia.Makanan snek yang baik untuk anda adalah seperti coklat gelap, buah clementine dan buah kering bersama kacang panggang.

Sumber: BBC Good Food

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.